Dua Motor Yang Hampir Kemalangan – Empati & Memerhati

Selepas selesai menghantar adik saya ke sekolah pagi ini, sepanjang tunggangan motor nak sampai ke rumah, saya teringat sebuah peristiwa.
Peristiwa bagaimana 2 motor yang hampir kemalangan dengan kereta kami, ketika kami dalam perjalanan ke Bangi semalam.
Dua peristiwa yang sama, tetapi dua outcome yang berbeza.
Kedua-dua ini berlaku pada malam semalam.
Kisah A, ketika saya memandu keluarga saya di jalan bawah flyover. Ketika itu, lampu isyarat hijau, maka memang giliran jalan kami. Kebetulan, ada seorang penunggang motor dari arah jalan yang berlainan, hampir-hampir berlanggar dengan kereta kami.
Panjang saya hon, walaupun tidak berlaku apa-apa kemalangan.
Kisah B, hanya lebih kurang 1km selepas lokasi A tadi, ketika saya pandu kereta itu di sebuah simpang. Ada seorang penunggang motor yang mahu masuk simpang, hampir-hampir berlanggar depan kereta kami. Lebih kurang 5-6 inci sahaja lagi. Kereta saya berhenti drastik, dan alhamdulillah tidak berlanggar.
Tetapi, untuk penunggang B, saya tidak hon langsung. Saya hanya berhentikan kereta, dan berikan laluan kepadanya untuk lintas di hadapan kereta kami.
Persoalan,
Dua situasi yang hampir sama,
Kedua-dua melibatkan kereta dan motor,
Kedua-dua penunggang itu membuat kesalahan (A langgar lampu merah, B lintas simpang tak tengok kereta kami)
Tetapi, mengapa saya hanya hon pada A, tetapi B saya hanya diamkan diri sahaja?
Jawapannya terletak pada faktor EMPATI dan MEMERHATI.
Untuk penunggang A, memang kesalahan beliau kerana langgar lampu merah dan hampir melanggar kereta kami. Saya memilih untuk hon panjang, sebagai memberi amaran keras kepada beliau.
Sebagai amaran, jangan langgar lampu merah lagi!
Untuk penunggang B, tetap kesalahan beliau kerana masuk simpang tergesa-gesa dan hampir sahaja depan kereta kami melanggarnya. Sikit saja lagi.
Namun, ketika itu, saya perhatikan riak wajah beliau yang amat-amat terkejut kerana sebuah kereta MPV hampir melanggarnya. Kalau saya pun terkejut dan takut.
Saat itu, saya memilih untuk mendiamkan diri sahaja, dan biarkan beliau berlalu di hadapan kereta kami, tanpa membunyikan sedikit pun hon atau angkat lampu tinggi.
Mengapa?
Kerana saat itu, saya percaya, membunyikan hon hanya akan memburukkan keadaan dan menambah traumanya yang sudah sedia terpancar di wajahnya. Sudah cukup beliau terkelu apabila sebuah kereta hanya 5-6 inci hampir melanggarnya, itu sudah cukup menjadi “hon” dalam mindanya. Hon yang akan kekal.
Jadi, selepas beliau melintas, kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa untuk makan malam di Bangi.
————–
Dalam hidup kita, akan banyak berlaku situasi yang memerlukan respons dan reaksi kita.
1. Beri respons yang sesuai terhadap situasi. Empati terhadap pelaku kesalahan.
Untuk penunggang A, respons terbaik terhadap kesalahannya ialah amaran keras dengan hon. Beliau tidak hampir berlanggar dengan kami secara langsung, kerana sempat mengelak. Maka, hon itu bertindak sebagai AMARAN kepadanya.
Hukuman kepada mereka yang membuat salah, boleh jadi marah, teguran, amaran dan sebagainya. Do that professionally, not emotionally.
Penunggang B pula, respons terbaik ialah mendiamkan sahaja diri, kerana beliau sudah pun mendengar “hon” dalam kepalanya, dan saya teramat pasti, jantungnya berdegup deras, kerana memang jelas terpancar wajah terkejutnya di sebalik topi keledar itu. Membalas dengan hon hanya akan memburukkan lagi keadaan, terutama kepada keadaan mentalnya.
Kadang-kadang kita akan berjumpa seseorang yang mengalami pengalaman menerima impak buruk terhadap pilihannya yang salah. Ketika itu, berkata “Ha, kan dah cakap!” tidak akan membantu, malah hanya memburukkan keadaan.
Sudah pasti, mereka sudah pun menerima “implikasi buruk” itu, maka yang terbaik, ialah untuk mereka terima sebagai pengajaran.
2. Respons dengan betul. Perhatikan situasi, dan didik tanpa beremosi.
Jangan tergesa-gesa, atau hon dengan emosi. Jadikan itu sebagai pengajaran. Dan percaya bahawa hon itu bukan satu-satunya jalan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang membuat kesalahan.
Didik dengan sebab.
Jangan hukum orang kerana marah dengannya,
Jangan hukum orang kerana tak suka kepadanya,
Jangan hukum orang kerana kita beremosi.
Hukumlah dengan mendidik, kerana mahu mereka mengambil pengajaran, dan berubah. Sekiranya tak berubah, tak mengapa, asalkan kita dah buat yang terbaik.
When it comes to changing people hearts, the effort is more important than the result. Be satisfied because we did it, not just when people change from it.
Hati manusia bukan kita pegang.
Moga-moga, ada manfaat dalam kisah pemanduan saya ini.

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: