Daripada Engineering Ke Psikologi – BAGAIMANA?

Satu ketika dahulu, saya berada dalam dunia Engineering, yakni Diploma in Aeroplane Maintenance, di UniKL MIAT. Cita-cita berkobar-kobar, tinggi dan bersemangat mahu menjadi seorang jurutera kapal terbang.
Namun akhirnya, Allah izinkan saya bertemu jalan minat sendiri, ialah keinginan untuk memahami minda dan tingkahlaku manusia, sehingga tamatnya saya belajar Degree in Psychology, University of Nottingham.
Saya pergi dengan pinjam boleh ubah MARA, yang ketika itu memberikan skim khas bernama Skim Pelajar Cemerlang (SPC), Lepasan Diploma, iaitu untuk mana-mana pelajar pinjaman MARA (KPM, UniKL etc) yang mendapat keputusan CGPA 3.5 dan ke atas (MIAT, 3.85 dan ke atas).
Saya ditawarkan untuk menyambung degree Engineering di United Kingdom atau Australia, atau mana-mana negara yang dimahukan. Tetapi kerana saya nak juga sambung Degree Psychology, MARA jadi pelik (sebab diploma Engineering) dan nama saya tak disenaraikan untuk dapat ke UK. Mudah cerita, macam nak ‘reject’ dah.
Ketika itu, saya teramat sedih, melihat kawan-kawan saya yang dalam program sama, seorang demi seorang fly ke UK dan Australia, dalam bidang degree Engineering mereka.
Sebagai backup plan, saya apply juga UPU untuk degree Psychology di UKM, UIA, UMS dan USM. Tetapi, semuanya reject permohonan saya, atas alasan yang sama. “Diploma Engineering, kau apahal nak buat degree Psikologi?” :'(
(tetapi bukan itu lah ayat dalam surat mereka lol)
Tetapi, saya bukan jenis cepat mengalah. Sewaktu permohonan MARA saya pending dan hampir kecundang/ditolak, saya juga ada apply Degree in Psychology di United Kingdom. 5 permohonan, 4 terima saya. Nottingham, Reading, Westminster dan satu lagi saya tak ingat. Yang reject saya, Warwick.
(tengok tu? UK nak saya, Malaysia tak nakπŸ˜‚)
Semuanya dengan hujah yang sama, “Tiada masalah awak nak ambil Psikologi kat universiti kami, sebab nanti masuk, belajar daripada awal juga.” Lebih kurang begitulah maksud informal mereka.
Seperti saya cakap, saya tak mudah mengalah, maka saya hantar rayuan kepada MARA, tetapi bukan sekadar rayuan. Saya buat proposal, “My Future Plan” saya tulis di muka depan, dalamnya ada 10-12 muka surat, bercerita siapa saya, kenapa nak sambung Psikologi, apa perancangan saya untuk rakyat Malaysia apabila balik nanti.
Dan macam-macam lagi.
Saya serahkan kepada pegawai MARA yang menjaga urusan permohonan program kami, sehinggalah lebih kurang 2 minggu kelas UK dah start, saya menerima panggilan telefon daripada MARA, suruh siapkan isi borang pinjaman pelajaran luar negara secepat mungkin (maksudnya, permohonan saya dah lulus)
Saya takkan lupa, ketika itu petang, saya terus sujud syukur dan beritahu kepada Ummi dan Abah. Seronoknya, MASYA ALLAH. Terlalu sukar nak digambarkan. Hanya Allah yang tahu!
Dalam masa 3 hari sahaja, urusan borang tersebut selesai, dan MARA pesan lebih baik saya beli sendiri tiket ke UK, sebab nak tunggu MARA belikan, lambat. Nanti claim saja.
Maka tup tap tup tap, pejam celik, dalam masa seminggu sahaja, saya sudah berada di Nottingham, tepat jam 5.13pm, 5 Oktober 2013.
Takkan sesekali saya lupa pengalaman berharga tersebut. Betapa bersyukurnya Allah pilih untuk dijadikan salah satu insan yang menyahut Fardhu Kifayah ini.
Atas sebab rasa ini jugalah, kenapa saya kembali kepada kerjaya untuk menjadi seorang Psikologis (kerana saya tak puas dalam kerjaya yang tak practicing Psychology). Antara sebab lain ialah:
  1. Saya mahu menyumbang sebanyak-banyaknya dalam ilmu berkaitan Psikologi kepada rakyat Malaysia yang saya kenali, dan mengenali saya.
  2. Saya mahu bantu sebanyak-banyaknya Mahasiswa dan Graduan Psikologi yang mencari-cari peluang berkhidmat kepada Malaysia.
  3. Saya mahu bantu sebanyak-banyaknya pelajar sekolah di Malaysia yang berminat untuk menyambung ke bidang Psikologi, bukan lagi bidang-bidang tipikal seperti Medic, Engineering, Lawyer dll. Masih ada beratus-ratus lagi bidang selepas SPM nanti.
Doakanlah saya mampu mencapai cita-cita ini.
Saya gembira untuk berkongsi mana-mana yang mampu. Setiap hari, saya membaca dan membalas mesej-mesej di pageAiman Psikologisyang bertanya macam-macam soalan berkaitan Psikologi, kerjaya dalam Psikologi mahupun akademik dalam Psikologi.
Saya juga ada jalankan projek#AskAimandi FB saya, yang insya Allah, akan kembali diteruskan tak lama lagi.
Saya bahagia, apabila orang lain mendapat manfaat dan tempias daripada rezeki MAHAL yang Allah amanahkan kepada saya ini.
(sudah tentulah, ada juga perjuangan dan kesusahan yang terpaksa dilalui, yang tidak ditulis dalam media)
Mana-mana penulisan saya yang bermanfaat untuk dibaca dan disebarkan, teruskanlah membaca dan sebarkan. Saya gembira untuk mati dalam keadaan penulisan saya masih mampu memberi manfaat.
Jika anda sukakan penulisan saya, boleh klik FOLLOW. Saya amat hargai setiap mata yang membaca tulisan saya di maya ini. Wallahualam. Setakat ini sahaja.
Lain kali, saya sambung mengenai suasana masa depan bidang Psikologi di Malaysia pula, insya Allah πŸ™‚
—-
Aiman Amri
– Diploma in Aeroplane Maintenance, UniKL MIAT
– BSc in Psychology, University of Nottingham
– Assistant Psychologist, WeCare Allied Health Center
Your future Psychologist insya Allah ^_^

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun πŸ˜›

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: