3 Jawapan Berbeza Untuk Soalan “Apa Kerja Saya?”

3 Julai 2017 – 3 Januari 2017
Genap 6 bulan sudah saya memulakan kerjaya sebagai Behavioural Therapist untuk kanak-kanak Autism, alhamdulillah.
Jujurnya, terlalu banyak perkara baru saya pelajari yang dahulunya, banyak pada teori, tetapi kali ini, REAL dan PRAKTIKAL di hadapan mata, cara untuk menangani dan mendidik mereka. Bersyukur sangat-sangat, sebab dapat kembali semula ke dunia berkaitan Psikologi, terutama berkaitan kanak-kanak (minat sejati saya dalam Psikologi)
Setiap kali ditanya orang, kerja apa sekarang, biasanya saya sediakan TIGA jenis ‘silibus’ jawapan, mengikut siapa yang bertanya:

PERTAMA – Golongan Yang Faham Dunia Psikologi

“Oh sekarang aku kerja sebagai Behavioural Therapist, untuk budak-budak Autism dan ADHD. Kitorang guna Applied Behaviour Analysis (ABA) untuk bantu budak-budak tu belajar life skills yang asas macam Eye Contact, Inhibition, Social Skills etc.”

KEDUA – Golongan Tahu Asas / Bukan Dari Dunia Psikologi

“Oh sekarang aku kerja jadi Autism Therapist, bantu kanak-kanak Autism. Kat private center (bukan klinik/hospital), dia macam sekolah/tadika, tapi kitorang tak ajar ABC. Ajar basic Life Skills sebab perkembangan minda budak-budak Autism tak macam kita kan.”

KETIGA – Golongan Tak Tahu Apa-apa (Biasanya bila balik kampung)

“Oh sekarang kerja jadi cikgu tadika untuk budak-budak istimewa.”
Jadi, sesiapa yang pernah bertanya saya kerja sekarang, dan pernah terima jawapan maka dah boleh agak saya ‘letakkan’ anda dalam kategori mana satu 🙂

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: