Adakah Autism Layak Didaftarkan Sebagai OKU?

Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah sejenis Neurodevelopmental Disorder.
Sesuatu kondisi yang wujud pada peringkat neuro, dan lebih ke arah kognitif, berbanding biologi.
Bahasa mudahnya,
Autism ini berbeza dengan Down Syndrome (DS) atau Turner Syndrome (TS), contohnya. DS dan TS, karakter mereka dapat dilihat pada fizikal, daripada segi paras rupa, mata, ketinggian leher dan sebagainya.
Autism pula berbeza.
Kanak-kanak Autism tak ada beza pada fizikal berbanding kanak-kanak ‘normal’. Wajah mereka tetap sama, tampak ‘normal’, tetapi hakikatnya, Autism memberi kesan pada kognitif, iaitu pemikiran.
Namun, walaupun mereka ini kelihatan ‘normal’, mereka tetap layak didaftarkan sebagai OKU, yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, kategori OKU seksyen V, “Masalah Pembelajaran”, selari dengan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Dyslexia dan lain-lain.
OKU itu bukan hanya merujuk golongan berkerusi roda, walaupun logo nya begitu. OKU juga bukan semestinya pada fizikal, tetapi juga pada mental.
OKU = Orang Kuat Upaya
🙂
Kepada rakyat jelata sekalian,
Sudah tiba masa untuk kita hentikan penggunaan istilah seperti “Terencat Akal”, “Retarded” dan sebagainya, kerana itu merupakan stigma dan label yang membunuh, terutama ibubapa kepada kanak-kanak tersebut.
Sekiranya anda tetap mahu menganggap mereka ini terencat akal atau retarded, maka ketahuilah, ada yang “lebih retarded” berbanding kanak-kanak istimewa ini, iaitu golongan yang:
  1. ‘Normal’ tetapi parkir kereta pada kotak OKU
  2. Tukar laluan/masuk lorong tanpa beri signal
  3. Selamba buang sampah keluar daripada tingkap kereta
  4. Tidak mendahulukan pengguna kerusi roda dalam pengangkutan awam atau giliran naik lif
dan banyak lagi. Anda boleh tambah sekiranya mahu.
Setiap kanak-kanak itu istimewa padanya sendiri.
Every child is special on their own.
Mereka juga berhak mendapat intervensi, rawatan, atau hak dalam pendidikan, selari dengan kanak-kanak yang lain.
The world might be conquered by ‘normal’ people, but that doesn’t mean only ‘normal’ people can live in it.
—-
Saya menggunakan istilah ‘normal’ untuk orang tipikal, kerana definisi normal itu subjektif. Kanak-kanak istimewa ini juga ‘normal’, okay?

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: