Arlina Banana – Kisah YouTuber Remaja

Satu tahun yang lalu, 5 Julai 2016, kecoh Malaysia dengan kes seorang YouTuber remaja yang mahu bunuh diri kerana tak tahan dengan bulian siber di Twitternya.
Apabila orang mengutuk dan membulinya mengenai fizikal badannya, dan bukan pada mesej positif yang disampaikan.
Saya follow kisah beliau tahun lepas.
Lebih memburukkan keadaan, beliau ada mengaku yang mempunyai kondisi BPD, iaitu Borderline Personality Disorder. Bagi sesiapa yang tak tahu, ini antara penyakit mental yang sangat serius, dan boleh mengakibatkan penghidapnya sangat-sangat tertekan dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Baca lebih lanjut mengenai BPD di sini:
Trust me, it’s one of the last mental condition that you want in your everyday life.
Twitter terakhirnya, memberitahu yang beliau mempunyai BPD dan mahu bunuh diri, mengakui yang ini ‘kemenangan’ kepada pihak yang membuli.
Terus, Twitternya lenyap, deleted.
Saya ketika itu masih berada di UK, dan kecoh dalam group WhatsApp dengan kawan-kawan, dan News Feed FB mengenai namanya.
Selepas faham situasi sebenar, jujur cakap, hati hanya mampu berdoa untuk keselamatannya. Panas hati membaca respons beberapa rakyat Malaysia yang jahil ilmu, antaranya,
“Dia itu sibuk cari perhatian.”
“Dah masuk neraka atau belum?”
“Acah-acah nak bunuh diri, publisiti murahan.”
“Dia itu gila rupanya, tapi masih ada Twitter.”
dan banyak lagi.
Ikut hati, marah, sedih, nak menangis, nak tumbuk si penulis Twitter, dan macam-macam lagi perasaan. Ada dengar desus desas berkenaan keadaanya yang dikejarkan ke hospital, dan berada di wad psikiatri. Banyak teori yang didengari. Tak pasti mana yang betul. Hanya doa yang mampu mengiringi di bibir.
Dipendekkan, kesimpulan kisah nya, ialah betapa jahilnya rakyat kita terhadap isu kesihatan mental, malah, boleh pula membuli orang di alam maya. Betapa ‘berani’ nya berada di sebalik skrin untuk bercakap ayat-ayat sebegitu.
Kalau tak pernah kena penyakit mental, memang takkan faham apa yang pesakit ini alami. Paling tidak nak respons apa pun, cukup sekadar DIAM.
Itu jauh lebih baik bagi kamu.
—–
Hari ini, FB mengingatkan saya kembali akan kisah ini (rujuk gambar), iaitu post yang saya tulis sebagai ekspresi marah dan kecewa saya pada saat tesebut.
Terdetik, untuk cari semula namanya di Google. Setelah setahun mendiamkan diri, isunya sudah sejuk beku, alhamdulillah, rupa-rupanya, mendapat khabar berita yang beliau sudah semakin okay.
Malah, atas kebenaran Psikiatris nya, beliau pergi travel seorang diri ke 10 negara dalam masa dua bulan, sebagai terapi untuk dirinya! MASYA ALLAH!
Saya pernah travel, dan saya faham sangat-sangat terapi travel itu. Apabila kita perlu berdikari, seorang diri di tempat yang asing, dan melihat budaya baru, orang baru, serius sangat memberi semangat!
(saya dahulu kes Depression dan antara terapi ialah pergi travel 3 bulan, tetapi itu cerita lain kali)
Jujurnya, saya sangat gembira membaca kisah-kisahnya baru-baru ini di Instagram dan Twitter. Respons orang awam juga banyak yang positif, dan sudah kurang bulian dan cacian terhadapnya.
Mungkin itu sekadar yang nampak di maya, yang berlaku sebenar lain pula, saya tak tahu, wallahualam. Tetapi sekadar tahap yang saya ketahui dan lihat di media sosialnya, alhamdulillah.
I am really happy for her :’)
Really.
She’s getting better, and her life stories in her Instagram are really inspiring (and funny too!). Dengan hashtag baru, brand baru, saya mula mengikutinya kembali di maya.
Berbezanya, dahulu, saya mula mengenali susuk tubuhnya daripada pengalaman buruknya di maya.
Kali ini, saya mengenali ‘semula’ susuk tubuhnya, dengan jiwa yang baru, semangat yang baru, dan nafas yang baru. Insya Allah.
Walau dimana kamu berada, I will always support you.
If a Psychology graduate would not support and understand you with your condition, then who else will? It’s my job too, to let people understand that mental health, is just like any other physical health.
It’s important to be acknowledged, understood and treated.
Allah bless, Arlina Banana. ^_^

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: