Bagaimana Mengenal Ciri-Ciri Autism

Mengikut teori yang popular dan sahih, kanak-kanak Autism biasanya mempunyai 3 ciri-ciri utama, atau lebih dikenali sebagai “Triad of Impairments”, iaitu:

1. Keupayaan Komunikasi Yang Terbatas

Mereka susah untuk memahami analogi, metafora, atau ayat-ayat yang bukan literal. Contohnya, kalau kita kata, “Boleh gatal kepala memikirkan mana nak cari duit”, mereka akan faham yang kita maksudkan kepala memang akan gatal macam gatal nyamuk (ini bagi kes yang sudah mampu memahami kata-kata dan boleh berkata-kata)

2. Hubungan Sosial Yang Amat Rendah

Konsep bergaul dengan orang ramai, semudah-mudah kepentingan memandang mata apabila bercakap, mereka tak mampu/faham untuk buat. Dan akhirnya, kanak-kanak Autism biasanya dilihat tenggelam dengan ‘dunia’ nya sendiri, dan menjadi anti-sosial. Mereka bukan tak nak bergaul, tetapi tidak mampu.

3. Imaginasi Yang Terbatas/Tiada Imaginasi

Kalau diberi mainan, mereka tak pandai main secara ‘pretend’. Contohnya, kereta mainan, dimain macam bunyi kereta, atau anak patung, dimainkan macam orang. Akhirnya, hanya menjadi mainan yang dipegang-pegang, dibaling-baling. Asbab ini juga, mereka amat susah untuk meletakkan empati pada orang lain.
Ada orang bertanya semalam lepas saya tulis pasal Autism, bagaimana nak menyembuhkan kanak-kanak Autism?
Jawapan mudah, TIADA. Kerana Autism bukan penyakit, maka tak perlu disembuhkan. Apa yang kita boleh buat ialah, didik mereka untuk ADAPT.
Mereka perlu hidup dalam dunia yang ‘normal’ ini dengan cara yang ‘tidak normal’, maka ADAPT ialah solusi terbaik.

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: