Benarkah Kanak-Kanak Autism Ini Genius?

Ramai orang selalu cakap, anak Autism ini mesti ada kepandaian tersendiri, berbanding anak ‘normal’.
“Boleh hafal Quran cepat.”
“Genius dalam matematik.”
“Memori macam komputer.”
dan macam-macam lagi jenis kepandaian yang selalu diuar-uarkan di media, cerita kawan-kawan, filem dan lain-lain. Malah seringkali dikaitkan tokoh-tokoh sains, teknologi, matematik yang hebat-hebat, ialah penghidap Autism.
Contohnya, Mozart (muzik), Albert Einstein (fizik), Charles Darwin (evolusi), Michelangelo (artistik) dan banyak lagi!
Betul ke kenyataan itu? Memang orang Autism, ada ‘genius’ nya yang tersendiri ke? Satu persoalan menarik yang diterima, setiap kali saya memperkenalkan diri sebagai Special Needs Educator untuk kanak-kanak Autism dan ADHD.
Memang benar, penghidap Autism ini mempunyai cara hidup yang berlainan, dan otak mereka melihat dunia tak sama macam kita yang ‘normal’ ini.
(Ada macam-macam perkara yang mereka berlainan dengan kita, tetapi tak perlu saya nyatakan di sini. Boleh google atau baca saya tulis panjang di sini)
Namun, sedarkah anda? Autism ini berada di bawah Autism Spectrum Disorder (ASD). Ya, spektrum. Bermaksud, terlalu kepelbagaian dan jenis Autism yang ada, dan ia tak sama bagi setiap orang.
Tahap ‘severity’ juga berbeza, dan tahap intervensi juga berbeza. Sukar untuk diseragamkan jenisnya.
Keunikan cara mereka hidup di dunia ini, memberi kemungkinan yang mereka mempunyai kepandaian yang berlainan daripada orang ‘normal’.
Contohnya:
  1. Seorang kanak-kanak lelaki Autism di UK mampu melukis lanskap pemandangan keseluruhan bandar London, dengan hanya menaiki helikopter pusing mengelilingi bandar tersebut.
  2. Seorang kanak-kanak perempuan Autism, mampu menghafal ribuan nombor pada satu dinding, dengan hanya melihat sekali pandang.
  3. Seorang kanak-kanak Autism di Nusantara, mampu menghafal Al Quran dalam jangka masa yang pendek, dengan usia yang muda.
Namun suka sekali diingatkan kembali, berapa peratus sahaja yang mempunyai kelebihan tersebut? Kepandaian sebegitu?
Dalam beribu-ribu penghidap Autism yang ada di sesebuah tempat, mungkin beberapa belas sahaja yang berada dalam kes ‘pandai’ tersebut.
Memang benar, salah satu sifat/diagnostik penghidap Autism ialah mempunyai ‘Savant Ability’, iaitu minat yang teramat mendalam pada sesuatu:
Contoh:
  • Minat sistem paip dalam satu bangunan
  • Minat bunyi enjin kereta dan boleh bezakan kereta hanya mendengar bunyi enjin
Namun melihat pada rasional dan statistik, bilangan yang ‘pandai’ ini ialah golongan yang peratusan kecil sahaja. Malah, mereka yang berkata begitu, kemungkinan besar tak pernah berjumpa dengan ramai penghidap Autism.
Sebab kalau pernah jumpa, percayalah, mereka akan sedar, pelbagai jenis penghidap Autism di dunia ini yang:
  1. Sudah berumur 10 tahun tetapi tak boleh bercakap
  2. Percakapan hanya sepatah-sepatah
  3. Masih belum faham konsep nombor walaupun dah semakin membesar
  4. Badan berusia 12 tahun tetapi pemikiran masih seperti umur 4 tahun
  5. Tak boleh urus diri/berdikari lagi (tandas, makan, main dll) walaupun sudah remaja
dan pelbagai lagi kondisi yang ada.
Justeru, tak perlu kita sewenang-wenangnya berfikiran yang kanak-kanak Autism ini, mesti ada genius dalam sesuatu.
Ya, memang ada, sesetengahnya. Tetapi ibubapa mereka lebih merisaukan kemampuan mereka untuk berdikari, dan apa yang berlaku kepada mereka apabila sudah dewasa kelak, memandangkan jalan hidup mereka bukan ‘normal’ seperti kita.
Kerana hujah yang sama juga boleh diaplikasikan kepada kita, golongan ‘normal’ ini, iaitu:
  • Ada rakyat Malaysia ‘normal’ mendapat PhD pada usia 24 tahun dan pecah rekod, PhD termuda
  • Ada rakyat Malaysia ‘normal’ yang pecah rekod dunia ketika lontar peluru Sukan Paralympic
  • Ada manusia ‘normal’ yang pandai selalu dapat A di sekolah dan 4.0 di universiti
Jadi kenapa kita yang ‘normal’ ini tak dapat capai pencapaian sebegitu? Mereka kan ‘normal’ juga?
🙂
——
TAMBAHAN:
Fahami bahawa Autism bukan sumpahan atau penyakit, tetapi kondisi yang berlainan daripada biasa, dan mereka perlu usaha yang lebih untuk mahirkan sesuatu yang mudah bagi kita ketika kecil dahulu. Genius atau tidak, itu hanya faktor sampingan sahaja.
Saya bukan minta anda merendahkan keupayaan kanak-kanak Autism, tetapi saya meminta anda untuk melihat isu ‘genius-atau-tidak’ ini daripada perspektif yang lebih menyeluruh.
^_^

Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: