Perbezaan Antara Psikiatris, Psikologis dan Kaunselor

“Apakah perbezaan kerjaya Psikiatris, Psikologis dan Kaunselor?”
Tak dinafikan, orang awam biasanya keliru bab ini. Saya juga begitu satu ketika dahulu.

1. PSIKIATRIS

Mereka ini sebenarnya ialah doktor, yang melalui pendidikan Medic 5 tahun. Selepas mereka sudah bergelar MO, dan bagi yang mahu jadi specialist, ada pilihan untuk masuk ke bahagian Psikiatri. Maka, seorang Psikiatris ini sebenarnya ialah doktor perubatan, yang merupakan pakar dalam bahagian Psikiatri, sama seperti Doktor dalam O&G, Orthopedic, Neurology dan sebagainya.
Kaedah rawatan mereka juga banyak berunsurkan ubat-ubatan, iaitu pendekatan pharmacology. Mereka arif mengenai keadaan biologi dan neurologi otak si penghidap.

2. PSIKOLOGIS

Berbeza Psikologis, mereka bukan doktor. Mereka ialah graduan dalam bidang Psikologi, dan bekerja sebagai Psikologis. Syarat minimum untuk seorang Psikologis di Malaysia ialah Master in Psychology (mana-mana cabang Psikologi yang berkaitan). Kebanyakannya, ramai yang mempunyai PhD, maka ramai digelar sebagai Dr. Hakikatnya, Doktor mereka ialah daripada PhD, dan bukan perubatan, sebab itu ramai selalu tertukar.
Unutk menjadi Psikologis, ada beberapa fasa yang diperlu dilalui (bukan semata-mata ada Master/PhD Psychology), contohnya perlu attach dengan mana-mana hospital selama 2 tahun, praktis dalam bidang berkaitan (bagi Clinical Psychologist).
Rawatan mereka lebih kepada pendekatan Psikologi seperti Psikoterapi, Cognitive Behavioural Therapy, Psychoanalysis dan banyak lagi!
Di Malaysia, Psikologis yang wujud kebanyakannya melibatkan Clinical Psychologist atau Occupational Psychologist. Malaysia, kita belum kukuh lagi kerjaya ini.
Berbeza di UK contohnya, mereka sudah ada Educational Psychologist, Road User Behavioural Psychologist, Cognitive Psychologist, Developmental Psychologist, Child Psychologist, Forensic Psychologist, dan banyak lagi!
Di sana, kerjaya Psychologist dianggap setaraf dengan Doktor perubatan dan peranan mereka banyak mempengaruhi suasana di sana. Insya Allah lain kali saya kongsikan secara spesifik mengenai ini.

3. KAUNSELOR

Haaa.. Ini ramai yang sudah kenal, sebab di sekolah dan universiti dahulu, tahu wujudnya mereka kan? Kementerian kita (mengikut WHO) tetapkan dalam 500 pelajar, WAJIB ada satu kaunselor (nisbah 1:500).
Kaunselor ialah mereka yang dalam bidang Psikologi, tetapi sudah spesifik dalam bidang kaunseling, iaitu cabang lebih mendalam mengenai rawatan dan terapi/penyelesaian kegusaran minda klien melalui sesi kaunseling individu atau berkumpulan.
Seorang graduan Psikologi (seperti saya) tak boleh bekerja sebagai kaunselor, kerana lesen kaunselor itu hanya diberikan kepada mereka yang berlatarbelakangkan Kaunseling. Lesen tersebut juga perlu diperoleh daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (bukan semata-mata graduasi Kaunseling, terus jadi kaunselor. Panjang prosesnya)
Ramai selalu salah faham mengenai ini.
—-
Secara ringkas, inilah perbezaan terbesar antara tiga kerjaya yang selalu disamaratakan ini. Sebenarnya luas lagi diskusi ini, tetapi kali ini, saya tulis seringkas yang boleh (tetapi panjang pula bab Psikologis haha. Bias di situ 😛 )
Kalau ada apa-apa soalan atau nak tambah, dipersilakan untuk komen di bawah 🙂
Terima kasih sudi membaca! SHARE supaya lagi ramai lebih faham mengenai perbezaan ini.

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: