Sensori Anak Autism Yang Berlebihan/Berkurangan

Tahukah anda?
Kebanyakan kanak-kanak Autism mempunyai hypersensitive (terlebih) atau hyposensitive (kurang) sensory issue.
Contohnya,
Penglihatan – Nampak dunia lebih silau/kelam daripada mata biasa, menyebabkan mereka selalu kenyitkan mata atau tekan-tekan tepi bebola mata dengan jari.
Sentuhan – Sensitif pada tapak kaki (belakang) menyebabkan mereka selalu berjalan jengket sebab rasa ‘geli’ bila berjalan macam biasa.
Pendengaran – Ada yang sampai tahap dengar bunyi kipas macam bunyi helikopter, maka tapak tangan selalu tutup telinga (sesetengah masa)
Bau – Tak boleh bergaul dengan orang yang memakai minyak wangi, sebab sangat menganggu hidung mereka
Rasa – Semua benda yang dipegang mahu dijilat, kerana mahu merasa objek tersebut, termasuklah pen, kerusi, meja, tangan sendiri dll.
Maka bayangkan, semua 5 deria yang kita ada ini, semuanya digandakan sebanyak yang boleh, dan semuanya berlaku sekaligus kepada diri kita, SETIAP HARI SETIAP MASA.
Maka tidak peliklah mengapa sering berlaku “Sensory overload” dalam kalangan mereka, yang boleh terjadinya meltdown, tingkahlaku agresif, moody, dan lain-lain lagi.
Cabaran untuk anda:
  1. Pakai earphone
  2. Buka video ini
  3. Dengar
Itu lah yang mereka alami setiap hari, setiap masa.
🙁
Maka, apa solusi kepada masalah yang kanak-kanak Autism hadapi setiap hari ini?

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: