Jenis Psikologis Yang Diperlukan Tetapi Tiada/Sedikit Di Malaysia

Umum mengetahui bahawa kerjaya Psikologis masih belum mempunyai ruang yang luas dan jelas di negara kita Malaysia ini. Antara jenis-jenis Psikologis yang penting, amat diperlukan, ‘rare’ tetapi tak ada/sangat sikit di Malaysia ialah:

1. Occupational Psychologist / Industrial & Organisational Psychologist

Mereka bertindak sebagai “doktor” kepada pekerja daripada segi kesihatan mental. Mereka memastikan pekerja betul-betul mampu dan ‘fit’ untuk bekerja, terutama dalam kalangan pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi seperti Pilot, Engineer, Pemandu ERL dll.
 
Contoh kes:
Seorang pilot terlibat dalam kemalangan kapal terbang, tetapi selamat alhamdulillah. Setelah 3-4 bulan berehat, doktor sahkan yang beliau ini sudha fit untuk terbang semula. Tetapi siapa yang akan tentukan sama ada beliau sudah “mentally fit”? Adakah trauma dahulu akan pengaruhi prestasi kerja mereka? Maka di sini, Occupational Psychologist lah yang diperlukan 🙂
 
Mereka ini biasanya bekerja di Firma, dan menawarkan servis tersebut untuk mana-mana syarikat yang memerlukan. Di Malaysia, khidmat ini amat diperlukan terutama untuk LRT, MRT, MAS, AirAsia dll, tetapi kita tak ada. Maka, yang paling terdekat ialah Clinical Psychologist, tetapi masih tidak tepat sebab bukan kepakaran penuh mereka.
 
(ada juga yang bekerja dalam Human Resource syarikat)

2. Sport Psychologist

Insan di sebalik kejayaan seseorang atlet. Sport psychologist bertanggungjawab merancang dan menentukan apakah cara terbaik untuk seorang atlet tingkatkan prestasi semaksimum mungkin, terutama dariapda segi mental nya.
 
Fizikal, sudah ada dietician yang akan tentukan diet pemakanan seharian seorang atlet. Tetapi persiapan mental? Hanya Sport Psychologist yang mampu berikan bantuan yang paling optimum dalam hal tersebut.
 
Lokasi pekerjaan mereka banyak di Kementerian Sukan, Sekolah-sekolah Sukan atau mana-mana yang memerlukan khidmat untuk optimumkan prestasi atlet dalam sukan mereka.
 

3. Educational Psychologist

Berbeza dengan kaunselor, bidang kerja Educational Psychologist lebih spesifik untuk tingkatkan prestasi pelajar dalam proses pembelajaran.
 
Seorang kaunselor, biasanya banyak terlibat dalam proses kaunseling, atau bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
 
Educational Psychologist pula, mereka bertindak dalam menentukan apakah cara terbaik untuk seorang guru ajar subjek itu dan begini, dan suasana kelas bagaimana yang optimum untuk pastikan sesi berjalan dengan efektif (apa beza meja pelajar berkelompok atau sebaris-sebaris menghadap kelas).
 
Educational Psychologist biasanya bekerja di sekolah atau universiti (institusi pendidikan), dan akan mengikut kesesuaian sekolah/universiti tersebut. Bermaksud, bukan satu konsep, apply kepada semua sekolah satu negara, tetapi lain sekolah, lain cara Educational Psychologist nya (berbeza kita di Malaysia)
 

4. Forensic Psychologist

Berada dalam golongan polis, penyiasat dan pendakwaan, mereka ini berkhidmat untuk memudahkan dan menambah perspektif proses jenayah dan hukuman.
 
Contoh tugasan mereka, ialah untuk memahami pemikiran pembunuh bersiri, atau mengetahui apa hukuman yang terbaik untuk sesebuah jenayah (hukuman mana yang membantu menginsafkan, mana yang hanya sebagai hukuman dan akan berulang apabila dilepaskan, dll).
 
Ada juga yang bertugas dalam mahkamah ketika sesi pendakwaan, seperti kepercayaan dan tingkahlaku saksi.
 
Mereka ini bekerja di bahagian polis, penjara atau mana-mana autoriti yang terdedah terus dengan penjenayah. Di Malaysia, peluang ini masih kurang. Sangat kurang.
 

5. Clinical Psychologist

Dengan meningkatnya isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia, bilangan Clinical Psychologist ini sudah mula semakin banyak, tetapi masih tidak mencukupi. Mereka ini penting, dan amat diperlukan di hospital sebagai alternatif kepada rawatan melalui perubatan oleh Psychiatrist, tetapi kerana kerajaan kita masih tidak mengiktiraf kepentingan jawatan ini, maka bilangan mereka masih tidak mencukupi.
 
Mereka ini amat diperlukan kerana selain Psikiatris, hanya mereka yang bertauliah untuk memberi diagnosis seseorang itu mempunyai masalah mental atau tidak (Depression, Bipolar, Schizophrenia), atau sebarang neurodevelopmental disorder (bagi kanak-kanak Autism, ADHD, ADD dll)
 
Akibatnya, Psychiatrist di hospital banyak membuat kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh Clinical Psychologist ini, tetapi tidak efektif sepenuhnya, sebab bidang yang berbeza, pendekatan rawatan yang berbeza.
 
Malah dalam sesebuah hospital, biasanya ada seorang sahaja Clinical Psychologist. Sangatlah tak cukup, tambah pula ramai tidak menyukai rawatan melalui ubat-ubatan kerana kesan sampingannya.
 
Mana satu rawatan yang terbaik? Bergantung kepada kesesuaian individu dan pilihan mereka. Kajian menunjukkan gabungan antara pendekatan Psikiatris (perubatan) dan Psikologis (psychotherapy) amat membantu untuk rawatan bagi sesebuah penyakit mental.
 

Kenapa tak ramai?

Pertama, sebab graduan Psikologi kita, tak ramai yang bekerja menjadi Psikologis bertauliah (ada yang masih dalam proses, seperti saya). Ramai juga yang masuk ke bidang yang secara tidak langsung seperti Human Resource.
 
Kedua, sebab generasi yang meminati jurusan ini, masih baru. Ada yang baru habis sekolah, baru habis universiti, baru habis degree (Gen Y). Belum masa yang generasi ini sudah 10-12 tahun berpengalaman bekerja.
 
Ketiga, tiada polisi dan akta kita di Malaysia yang menyokong tumbesaran dan perkembangan bidang ini dalam kalangan golongan belajar & pekerja. Akibatnya, tak ramai berminat nak mengejar cita-cita ini, dan kalau ada pun, peluang pekerjaan dalam kerajaan, tidak luas. Masih dipandang enteng.
 
Keempat, universiti awam kita di Malaysia juga tak banyak yang tawarkan bidang Master dalam Psikologi yang disenaraikan ini. Biasanya lebih kepada Klinikal, Kaunseling dan Developmental
 
Perjalanan kita di Malaysia, masih jauh 🙁
 
Nak tak nak, memang cara untuk tingkatkan lagi nama kerjaya ini di kerajaan melalui wujudnya Akta yang mengiktiraf bidang kerjaya ini, supaya menggalakkan lebih ramai menjadi Psikologis yang bertauliah.
 
LIKE dan SHARE post ini untuk sebarkan kesedaran dan kepentingan wujudnya Psikologis dalam hidup kita ini. SHARE agar lebih ramai tahu mengenai golongan profesional ini.
 
—–
 
NOTA:
Pegawai Psikologi bukan Psikologis ya?
🙂
 
NOTA LAGI:
Ada lagi contoh jenis Psikologis lain yang tidak dinyatakan di atas?

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: