Autisme Sebagai Sebuah Spektrum

Autism ini, bahasa dalam DSM-V (kitab berkenaan mental disorder) ialah Autism Spectrum Disorder (ASD).
 
Kenapa spektrum?
 
Sebab setiap kanak-kanak Autism itu mempunyai kepelbagaian yang berbeza-beza.
 
Bermula daripada paling ringan (mild) sehingga yang paling berat (severe). Kondisi mereka juga berbeza-beza mengikut kanak-kanak.
 
Analoginya, anggap Autism ini seperti demam yang takkan pulih seumur hidup.
 
Ada orang, bila demam, teruk. Tak larat bangun katil.
Ada orang bila demam, dia sikit-sikit je. Boleh drive lagi.
Ada orang pula, sangat dahsyat, sehingga dikejarkan hospital, untuk masuk air sebab dehydrate.
 
Tetapi, semuanya keadaan demam. Cuma tahap yang berbeza-beza, maka intervensi juga berbeza-beza (bukan rawatan, sebab Autism bukan penyakit)
 
Itu lah maksudnya Autism ini di bawah sebuah Spektrum.
 
Sebab itu, jangan kita pukul rata Autism ini. Bukan sekali tahu ada kanak-kanak Autism boleh hafal Quran dengan cepat, terus kita kata semua kanak-kanak Autism itu boleh hafal Quran dengan cepat.
 
Nanti post lain, saya tulis berkenaan peringkat Autism pula.
 
Jemput follow FB saya ini.
Kalau tak nak terlepas, set “See First”.
😀
 
—-
 
NOTA:
DSM-V = Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: