Berminat Untuk Sambung Belajar Psikologi? Baca Ini Dahulu

Ramai juga yang mesej dan komen di FB, bertanya mengenai perjalanan ilmu mengkaji minda (Psikologi) ini.
 
Antara soalan yang selalu diterima ialah, macam mana nak sambung belajar Psikologi, kalau latar belakang lain jurusan (contohnya, Degree Food Science, nak buat master Psikologi).
 
Beberapa perkara perlu tahu:
 
1. Apa tujuan nak sambung ke jurusan Psikologi? Ada yang kata, sebab nak faham manusia, dan tahu asas emosi dan pemikiran manusia. Ada juga sebab minat lama yang terkubur, terinspirasi bila tengok saya kejar dunia Psikologi. Eh. 😛
 
2. Adakah pasti, jalan akademik merupakan jalan terbaik untuk mempelajari ilmu itu? Sudah tentu, dengan degree/master dalam Psikologi, ia menambah kredibiliti dan pengiktirafan latar belakang kita. Tetapi, tidak semestinya melalui jalan akademik untuk belajar apa yang kita nak.
 
3. Ini bukan nak menghalang daripada ambil jurusan Psikologi ini, tetapi sekadar mahu mencerahkan niat. Mahu fikir masak-masak. Kalau nak masuk juga, dipersilakan. I am happy to have more people in this psychology revolution in Malaysia.
 
4. Apa-apa pun, saya sendiri pun masih lagi belajar, malah masih dalam proses untuk mengejar pentauliahan Psikologis, sebab belum layak bergelar Psikologis lagi. Beri saya 10 tahun, insya Allah.
 
Sekian, terima kasih sudi bertanya dan sudi membaca.
 
🙂
 
#PengkajiMinda
 
Aiman Amri,
BSc in Psychology
University of Nottingham

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: