Carta Spektrum Autisme

Semua jenis Mental Disorder di dunia ini, dibukukan dalam kitab yang bernama Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition.
 
Bahasa manjanya, DSM-V.
 
Autism dicatatkan dalam kitab itu sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD).
 
Ramai juga tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan “Spectrum” itu? Jadi, saya buat satu carta ini, untuk difahami lebih jelas.
 
Setiap kanak-kanak Autism itu mempunyai kepelbagaian yang berbeza-beza. Dalam carta ini, saya letakkan 3 titik yang utama (walaupun pada realitinya, variasinya lebih tinggi)
 
Jadi, dengan carta ini, baru dapat kita fahami “di mana” kondisi Autism yang mempunyai tahap geniusnya itu?
 
Ada yang hafal Quran.
Ada yang hebat main puzzle.
Ada yang mempunyai memori fotografik.
 
Semua kelebihan dan kepandaian yang ekstrim ini (luar daripada kebiasaan) dipanggil sebagai Savant Abilities. Mereka ini selalunya berada di peringkat “High Functioning”.
 
Bagaimana pula dengan yang severe atau intermediate?
 
Mereka ini, lebih difokuskan untuk belajar asas skil kehidupan seperti interaksi sosial, memandang mata apabila bercakap, mampu memahami arahan ringkas, pandai menggunakan tandas, dan sebagainya.
 
Pendek kata, prioriti pembelajaran mereka terletak di situ.
 

 
Ada pelbagai jenis terapi untuk intervensi Autism, antaranya:
 
1. Applied Behaviour Therapy (ABA)
– Fokus kepada tingkahlaku kanak-kanak, menggunakan konsep “Operant Conditioning”
– Diasaskan oleh Ole Ivar Lovaas, seorang psikologis klinikal di US. Pepatah popular beliau,
“If they cannot learn the way we teach, we teach the way they learn.”
 
2. Greenspan Floortime Approach
– Fokus kepada tumbesaran pemikiran kanak-kanak
– Diasaskan oleh Dr Stanley Greenspan, seorang Professor klinikal, psikatri dan paediatrik.
 
3. Relationship Development Intervention (RDI)
– Lebih “family-friendly”, dan sesuai diadakan di rumah oleh ahli keluarga sendiri (memang dicipta untuk dalam rumah)
– Diasaskan oleh Psikologis Steven Gutstein.
 

 
Bagaimana nak tahu terapi mana yang sesuai untuk kanak-kanak Autism? Jawapannya, tak ada jawapan.
 
Setiap kanak-kanak mempunyai kondisi yang berlainan, preference tersendiri, maka kesesuaian pun berlainan.
 
Yang penting ialah ahli keluarga kanak-kanak tersebut sentiasa belajar dan tak berhenti untuk menuntut ilmu, supaya dapat lebih memahami anak mereka ini.
 
“Autistic kids are different, not less.”

Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: