Stress & Depress Dalam Kalangan Mahasiswa Luar Negara

Selesai forum dan masuk sesi soal jawab, soalan diterima bertubi-tubi daripada peserta. Semua sekali, 13 soalan, dan 12 daripadanya ialah berkaitan Kesihatan Mental.
 
Antara perkongsian yang diberi tadi ialah:
 
1. Kesihatan mental itu sama pentingnya seperti kesihatan fizikal, tetapi masih belum mendapat tempat yang kuat dalam pemikiran rakyat Malaysia. Kita masih dalam stigma penyakit mental itu ialah gila.
 
2. Kerajaan kita tiada Akta khas untuk membantu untuk menambah bilangan Psikologis di Malaysia ini. Malah, kita sendiri masih tiada tempat untuk mereka dalam industri perubatan dan perawatan ini.
 
3. Tanda-tanda seseorang itu berada dalam kemurungan ialah berada mood down dan kehilangan rasa seronok selama 2 minggu, minimum.
 
4. Banyak berlaku kes pelajar Malaysia yang berada di UK, mempunyai depression kerana faktor berjauhan negara, faktor musim sejuk, faktor sosial dan banyak lagi faktor lain.
 
Ada kes yang mahu bunuh diri dengan berdiri di jalan raya, ada yang sehingga masuk ke wad psikiatri kerana penyakit ini, malah ada yang tiba-tiba hilang daripada radar!
 
5. Cabaran dalam menangani stigma dan mengubah persepsi masyarakat terhadap penyakit mental agak susah, tetapi apa yang boleh dibuat sekarang, ialah fokus kepada generasi muda. Mereka ini bakal mewarisi kepimpinan negara.
 
6. Penyakit mental bukan seperti penyakit fizikal yang boleh diketahui sebabnya, tetapi terlalu banyak kemungkinan faktor boleh berlaku, dan boleh jadi, ada lebih daripada satu penyakit mental dalam diri seseorang (memang ada kajian yang katakan risiko mempunyai penyakit mental bertambah, sekiranya kita sudah ada satu penyakit mental ini).
 
Banyak lagi yang dikongsikan bersama ketika sesi itu tadi. Alhamdulillah. Tamat sudah sesi forum berkaitan,
 
“Tekanan & Kemurungan Dalam Kalangan Mahasiswa Luar Negara”
 
Bersama pelajar-pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke UK, Ireland dan US pada September ini, dalam program Muslim Overseas Camp (MOC).
 
Terima kasih atas jemputan, pihak MOC 🙂

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: