Beragama Tetapi Mahu Bunuh Diri?

Faktor agama dan spiritual mampu mencegah “keberjayaan” sesebuah usaha membunuh diri, tetapi ia tidak mampu menjadi penghalang kepada niat itu timbul.
 
Contohnya, jika ada seorang muslim yang sedang dalam kemurungan dan mahu bunuh diri.
 
  1. Niat nak bunuh diri itu muncul dalam kepala – Ini bukan salah beliau, kerana kondisi mental yang memang dalam keadaan mahu bunuh diri.

    Tetapi,
  2. Kerana pegangan agama yang kuat, niat itu hanya tinggal niat, dan tidak berlaku usaha untuk membunuh diri (kerana memikirkan dosa, takut neraka atau sebagainya).
 
Sebab itu jangan pelik, apatah lagi mengutuk golongan “soleh/solehah” ini pun boleh timbul niat mahu bunuh diri dalam keadaan Depression itu.
 
Kerana individu yang nak bunuh diri, sebenarnya bukan nak mati sangat pun. Mereka hanya nak kesengsaraan itu berhenti.
 
Tahukah anda?
 
Kemungkinan timbulnya niat untuk bunuh diri itu lebih tinggi dalam kalangan perempuan, tetapi “keberjayaan” dalam usaha membunuh diri itu lebih tinggi dalam kalangan lelaki.
 
——-
 
Apa yang kita boleh buat?
 
  1. Sebagai teman – Beri sokongan, dan mendengar permasalahan mereka. JANGAN beri nasihat macam-macam! Nasihat kita selalu tak betul pun, malah lebih memburukkan keadaan.
    Biar mereka yang bercakap, kita mendengar. Bukan sebaliknya.
  2. Sebagai pelaku – Cari teman yang boleh dengar masalah kita, ceritakan segalanya. Kalau melarat juga, boleh pergi hospital atau klinik kerajaan. Lebih cantik, pergi waktu pejabat sebab Pakar Psikiatris lebih kerap ada di sana ketika jam itu.
 
Sekiranya perlukan orang untuk anda bercakap juga, urgent, boleh hubungi pihak Befrienders, iaitu sebuah NGO yang melatih sukarelawannya untuk mendengar anda bercakap berkenaan bunuh diri, depression dan sebagainya.
 
Hanya telefon mereka di 03-7956 8145
https://www.facebook.com/BefriendersKL/
 
——
 
Ingat ya,
 
Isu kesihatan mental ini, sama pentingnya seperti kesihatan fizikal. Kalau kita boleh beri sokongan dan empati kepada penghidap kanser, sakit jantung atau sebagainya, sikap positif yang sama juga kita perlu berikan kepada penghidap penyakit mental ini.
 
Dan bukan salah mereka kerana mendapat penyakit tersebut.
 
“It is called a mental illness, not mental weakness.”

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: