Diagnosis Kesihatan Mental Melalui Mesej

Situasi 1:
 
Seorang pemuda menghantar mesej peribadi kepada seorang doktor yang dikenalinya melalui Facebook. Beliau sering mengikuti penulisan doktor tersebut yang banyak berkongsi mengenai dunia perubatan.
 
Lelaki yang dikenali sebagai Irfan itu pun memulakan teks mesej beliau,
 
“Doktor, saya selalu sakit kepala waktu malam.
Saya mudah penat selepas balik kerja, dan selalu susah nak fokus.
Adakah saya mempunyai kanser?”
 
Doktor yang membaca mesej tersebut, membalas,
 
“Berdasarkan daripada penjelasan awak ini, saya percaya awak ada kanser peringkat 3.”
 
—–
 
Situasi 2:
 
Seorang pemuda bernama Irfan sering sakit kepala pada waktu malam, dan mudah penat selepas balik kerja. Beliau juga susah nak fokus dalam kerjanya. Satu hari, beliau ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan daripada seorang doktor.
 
Selepas pemeriksaan saringan, beliau disyorkan mendapatkan pemeriksaan CAT Scan beberapa hari selepas itu. Keputusan yang keluar, mengejutkan kerana menemui “objek asing”.
 
Lalu doktor pun membuat pembedahan biopsy, untuk mendapatkan sampel sel asing tersebut di kepalanya itu. Setelah keputusan ujian biopsy itu selesai, pengesahan berjaya didapatkan, iaitu sel tersebut ialah sel kanser.
 
Seminggu kemudian, Irfan menjalani PET Scan untuk mengetahui, tahap mana keaktifan kanser tersebut.
 
Setelah semua proses ini selesai, maka doktor tersebut menyampaikan berita mendukacitakan itu kepada Irfan,
 
“Berdasarkan daripada ujian dan pemeriksaan yang kita jalankan, awak ada kanser peringkat 3.”
 
—-
 
Situasi mana satu yang anda rasa, lebih logik dan diterima akal? Saya percaya, ramai akan menjawab situasi kedua.
 
Kerana sebarang diagnosis dan pengesahan terhadap sesuatu penyakit, sudah pasti memerlukan proses yang panjang dan kompleks, sebelum mendapat jawapan kepada sakit apa yang dihadapi.
 
Begitu juga dengan kesihatan mental.
 
Dengan hanya mesej kepada orang-orang yang mempunyai kepakaran berkaitan kesihatan mental ini, belum tentu akan mendapat jawapan atau diagnosis mental anda.
 
Proses pemeriksaan, saringan dan ujian yang panjang lagi kompleks, perlu untuk dijalankan sebelum seseorang itu boleh secara rasminya diberi diagnosis sekian dan sekian.
 
Apatah lagi diagnosis diri sendiri (self-diagnosis).
 
Seperti mana kompleks penyakit fizikal, begitu juga dengan penyakit mental yang lebih jauh lagi kompleks situasinya.

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: