Kuasa Seorang Introvert

Introvert, semua pernah dengar kan?
 
“Pemalu, jenis tak suka bergaul.”
“Asyik duduk kat rumah je dorang ni.”
“Pendiam, kemudian suka menyendiri. Anti sosial.”
 
Hakikatnya, sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai siapa dan bagaimana ciri-ciri Introvert, mari kita fahami dulu konsep asasnya,
 
“Social Pleasure Sistem.”
 
Dalam otak setiap manusia, ada bahagian dinamakan Ascending Reticular Activating System (ARAS), iaitu bahagian yang tentukan sistem kenikmatan sosial kita.
 
Untuk lebih mudah faham, saya bagi analogi terus.
 
Bayangkan dalam otak setiap manusia, ada sebuah gelas kaca. Gelas ini dinamakan ARAS. Lain orang, lain saiz gelasnya. Ada orang besar, ada yang kecil, ada yang sederhana.
 
Apabila seseorang itu bersosial dengan orang lain, satu kenikmatan atau keseronokan dalam pergaulan tersebut, dipanggil “Social Pleasure”, anggap ia seperti air.
 
Fungsi gelas dalam otak kita, ialah untuk simpan air yang kita dapat setiap kali kita bersosial dengan manusia lain.
 
Oleh sebab lain orang lain saiz gelas, maka orang yang gelas kecil, airnya lebih cepat penuh dan akan melimpah.
 
Orang yang gelas besar pula, masih boleh masuk lagi air apabila bersosial. Maka, dia boleh bergaul lebih ramai orang.
 
Kawan kita yang gelas kecil tadi, sebab cepat sangat air penuh, maka dia perlu ambil masa sekejap, asingkan diri, untuk recharge balik. Untuk habiskan air dalam gelas tersebut, minum semua, sebelum boleh mula bergaul semula untuk dapatkan air baru.
 
Seperti yang anda agak, manusia bergelas kecil ini ialah Introvert, dan bergelas besar pula, Extravert (ya, ejaannya Extravert, bukan Extrovert).
 
Konsep saiz gelas (ARAS) ini menentukan berapa banyak air (Social Pleasure) boleh masuk. Faham konsep asas ini? Baru boleh teruskan ke isu utama kita, iaitu kekuatan seorang introvert.
 
——
 
Dunia ini dipelopori oleh orang yang “bising”, yakni orang Extravert. Mereka lebih terkehadapan, dan diyakini untuk mengetuai sesebuah pasukan, sebab semangat juang mereka tinggi apabila berada dalam khalayak ramai.
 
Berbeza dengan orang Introvert, mereka sering dipinggirkan, atas sebab, mereka ini pendiam, tak suka bersosial, pemalu dan lain-lain lagi sebab.
 
Tetapi sebenarnya, Extraversion seseorang itu tidak patut menjadi kayu ukur, “Who is the better leader?”. Kerana bias manusia dalam melihat ini, akhirnya Introvert dipinggirkan.
 
Susan Cain dalam bukunya, Quiet: The Power of Introvert In A World That Can’t Stop Talking, ada menyebut perkara ini. Apabila dunia ini dikuasai oleh orang Extravert, dan kerjaya-kerjaya melibatkan interaksi sosial, dipelopori oleh golongan itu juga.
 
Lantas, apakah kerjaya yang sesuai untuk orang Introvert?
 
Jawapannya, bergantung kepada minatnya, bukan sekadar pada personaliti Extraversion nya. Contohnya seorang sahabat saya, Introvert, tetapi bekerja sebagai penceramah/trainer di syarikat korporat.
 
Pelik kah?
 
Tidak pelik sebenarnya. Malah, apabila kita terus anggap orang Introvert ini tidak sesuai kerjaya melibatkan bercakap, interaksi sosial manusia, atau apa saja yang berkaitan “khalayak umum”.
 
Kerana kita kata, Introvert ini pemalu, introvert ini tak boleh bercakap dengan orang ramai. Lawyer, Debater, Trainer, Teacher dll ini semua kerja orang Extravert. Malah, orang Introvert sesuai berada di sebalik tabir; banker, multimedia, software engineer dll.
 
Tidak semestinya, kawan 🙂
 
Kita seringkali kaitkan Introvert dan Pemalu/Pendiam, sebab ramai orang introvert yang Pemalu/Pendiam. Hakikatnya, ada saja yang tak begitu.
 
Seperti diterangkan awal artikel tadi, Introvert atau Extravert, hanyalah sebuah konsep mengenai Social Pleasure System.
 
Tiada yang patut kata siapa yang lebih baik daripada siapa.
One does not better than the other. They are simply different, that’s all.
 
Maka, menjadi seorang Introvert, bukan perkara yang negatif. Menjadi seorang introvert bukan bermakna seseorang itu tak boleh ceria, periang dan hanya memasamkan muka.
 
Tidak. Itu tanggapan yang salah.
 
——-
 
Ada yang bertanya, apakah ciri-ciri orang Introvert?
 
Awal-awal saya cakap, tidak adil untuk kita terangkan ciri-ciri secara spesifik kerana tak boleh pukul rata. Bukan semua introvert begini dan begitu, tetapi kita boleh ceritakan pada populasi general sahaja, iaitu:
 
1. Introvert Sangat Setia Kawan
Mereka punyai kawan rapat yang sedikit, tetapi sangat menghargai persahabatan itu (bukan bermakna Extravert tak setia, ya?)
 
2. Introvert Sukar Didekati
Kerana mereka kurang gemar berjumpa orang baru. Tetapi percayalah, apabila anda sudah “clicked” dengan golongan ini, anda akan nampak sisi awesome orang introvert!
 
3. Introvert Ialah Golongan Pemikir
Kerana mereka lebih gemar mendiamkan diri, menganalisis dunia melalui pemikiran mereka. Kerana sebab ini juga, mereka kadangkala, penulis yang baik atau penganalisis yang cekap.
 
4. Introvert Boleh Menjadi Ketua Yang Baik
Memahami perasaan orang lain, dan antara ciri-ciri paling mahal yang menjadi mereka ketua yang baik, ialah kemampuan untuk “PAUSE” sebentar, berfikir secara rasional, dan memberi respons terhadap situasi semasa.
 
Ada lagi ciri-ciri lain yang anda nak tambah? Atau apa-apa persoalan mengenai introvert yang anda nak tahu?
 
—–
 
Antara persoalan menarik yang saya terima:
 
  1. Apakah faktor yang menjadikan seseorang itu Introvert atau Extravert? Didikan ibubapa? Genetik?
  2. Bagaimana nak bezakan Introvert atau Pemalu?
  3. Benarkah media sosial boleh menjadikan seseorang itu Introvert?
  4. Mampukah seseorang itu bertukar personaliti? Mungkin dulunya Extravert, apabila dah besar, jadi Introvert? Atau sebaliknya?
 
Apa pandangan anda mengenai persoalan ini? Komen di bawah, jom sama-sama kita bincangkan 🙂

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: