Pedofilia: Kecelaruan Mental Yang Anda Perlu Tahu

“Pedophilia : Effects of This Mental Illness”
 
Baru-baru ini ditemuramah untuk projek subjek English beberapa mahasiswi daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Projek yang melibatkan kesedaran dan kesihatan mental berkaitan Pedophilic Disorder, sebuah kecelaruan mental oleh pemangsa Pedofilia.
 
Pedophilic Disorder merupakan cabang pecahan daripada Paraphilic Disorder, iaitu tingkahlaku seksual yang abnormal, contohnya terhadap binatang, patung mannequin dan untuk kes ini, terhadap kanak-kanak.
 
Chronophilic Disorder (nafsu seks terhadap individu lingkungan umur tertentu) terbahagi kepada tiga:
  • Pedophilia – Terhadap kanak-kanak sebelum baligh (bawah 11 tahun)
  • Hebephilia – Terhadap kanak-kanak selepas baligh (11-14 tahun)
  • Ephebophilia – Terhadap remaja yang mula masuk dewasa (15-18 tahun)
Tetapi mengikut norma kita sekarang, pedofilia dianggap mana-mana kes jenayah seksual berkaitan kanak-kanak bawah umur 18 tahun.
 
Syarat untuk dikatakan jenayah itu Pedofilia mestilah meliputi ciri-ciri ini:
1. Pemangsa mestilah berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mangsa mestilah berbeza umur sebanyak 5 tahun lebih muda daripada pemangsa
 
Pedophilic Disorder telah termaktub dalam DSM-5 (sebuah kitab rujukan sedunia mengenai kesihatan mental) sebagai sejenis penyakit/kecelaruan mental. Simptom-simptom yang hadir pada penghidap ini ialah:
  1. Tempoh masa mempunyai perasaan seksual itu berterusan minimum 6 bulan
  2. Penghidap mempunyai stress dan tekanan untuk bertindak kepada tindakan tersebut (rasa tak tenang, asyik terbayang, mahu bertindak tetapi masih dapat bertahan)
  3. Tidak semestinya perlu sudah bertindak baru digelar Pedofil
  4. Pelaku mesti berumur 16 tahun dan ke atas, mangsa pula minimum 5 tahun berbeza umur
 
Susah sebenarnya mahu diagnosis penyakit ini, kerana alatan (tools) untuk menguji juga boleh jadi kontroversi. Takkan kita nak menggunakan video pronorgrafi kanak-kanak sebagai ujian kepada pelaku, kan? Memilikinya bahan tersebut sudah menjadi jenayah besar, walaupun untuk tujuan kajian sekalipun.
 

JENAYAH PEDOFILIA

Malah kita perlu tahu, jenayah ini tidak semestinya berlaku persetubuhan antara pemangsa dan mangsa, tetapi tindakan menyentuh (general touch) itu juga sudah dikira. Termasuklah memandang (dengan bernafsu), membuka pakaian, menyentuh dan menyuruh sentuh.
 
Pemangsa biasanya orang yang dikenali (atau berautoriti) dan rapat dengan keluarga. Mereka ini seperti ayah, abang, pakcik, atuk, saudara-mara dll. Mereka pandai berselindung dan tak disyak apa-apa oleh ahli keluarga lain.
 
Mangsa pula, ialah kanak-kanak yang kadang-kadang, belum tahu apa-apa mengenai dunia ini. Mereka masih mengenal hidup, dan bayangkan trauma bagaimana akan meninggalkan kesan pada emosi mereka. Nisbah mangsa mengikut jantina kanak-kanak Lelaki:Perempuan pula lebih kurang 1:2
 
Ada tiga jenis ‘taste’ pelaku Pedofilia ini:
  • Exclusive = Hanya bernafsu pada kanak-kanak sahaja
  • Non-Exclusive = Bernafsu normal pada dewasa DAN abnormal pada kanak-kanak
  • Incest = Bernafsu pada kanak-kanak yang ada pertalian darah

PUNCA PENYAKIT PEDOPHILIC DISORDER

Seperti kecelaruan mental yang lain, tiada jawapan mutlak dapat menerangkan punca dan penyebab perasaan abnormal sebegitu muncul. Namun beberapa teori yang dipeloporkan ialah:
  1. Genetik – Warisan daripada ibu bapa, perasaan dan fitrah yang hadir diwarisi (tetapi teori ini agak lemah)
  2. Penderaan Seksual – Si pelaku dikatakan mempunyai sejarah hitam pernah didera secara seksual juga, menyebabkan berlaku chain of violence, iaitu mereka melakukan perkara yang sama kepada kanak-kanak lain apabila mereka dewasa, seperti mana mereka kena ketika kecil dahulu.
  3. Behavioural Learning Theory – Tingkahlaku keganasan yang dipelajari melalui pemerhatian di sekeliling. Contohnya, ketika kecil pernah melihat ayah mendera mak (atau sebaliknya), abang mendera adik dll. Tingkahlaku agresif tersebut dipelajari secara tidak langsung, menjadikan personaliti mereka ketika dewasa kelak.
 
Agak sukar untuk menjalankan kajian dan mencari jawapan kepada punca munculnya tingkahlaku abnormal ini, kerana satu, kita susah untuk jumpa orang yang nak mengaku secara sukarela dia mempunyai penyakit tersebut. Kedua, kes yang berlaku juga biasanya kes kecelaruan mental komorbiditi, iaitu pelaku itu mempunyai dua atau lebih kondisi serentak.
 
Pedophilic Disorder dan Depression.
Pedophilic Disorder dan PTSD.
dan sebagainya.
 

RAWATAN UNTUK PEDOFILIA

1. UBAT
Melalui ubatan tertentu, tujuannya untuk rendahkan pembuatan hormon testosteron. Ini bertindak untuk merendahkan libido, iaitu Sexual Drive seseorang itu.
2. PSIKOTERAPI
Pelaku melalui sesi terapi bersama Psikiatris atau Psikologis untuk memulihkan kondisi mental mereka.
 
Rawatan ini lebih efektif apabila ia melalui sukarela oleh pelaku (bukan paksaan atau arahan mahkamah) dan digabungkan bersama antara perubatan dan psikoterapi. Malah, lebih efektif apabila disertakan dengan latihan sosial (Social Training) oleh pekerja sosial (Social Worker)
 

PERANAN KITA SEBAGAI KELUARGA

  1. Ajar anak-anak kita mengenai Personal Safety, iaitu bahagian mana yang langsung tidak boleh disentuh oleh orang lain — bibir, dada, punggung dan kemaluan
  2. Didik anak-anak kita untuk tidak berahsia dengan kita, dan sering tanya mengenai perhubungan mereka dengan orang lain. Mereka ini kadang-kadang tak tahu pun perbuatan dilakukan oleh pedofil itu merupakan perbuatan salah dan satu jenayah.
  3. Jangan upload gambar anak sesuka hati di media sosial — Terutama gambar tidak berpakaian, gaya duduk yang tidak sopan atau sebagainya.
  4. Kenalpasti pedofil yang ada di negara — Negara kita patut ada senarai pedofil yang boleh diakses oleh orang awam. Ini bukan isu buka aib, tetapi isu keselamatan kanak-kanak.
  5. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kita syak dengan seseorang, atau apabila kanak-kanak itu sudah pun mengadu — Jangan ambil mudah adua/rengekan mereka

 

MESEJ KEPADA PENGHIDAP KECELARUAN MENTAL PEDOPHILIC DISORDER

Sekiranya anda syak yang diri anda menghidap kecelaruan mental ini, dapatkan bantuan segera daripada kaunselor, psikologis klinikal atau psikiatris. Selagi mana anda ada rasa etika dan nilai moral yang kelakuan ini satu jenayah besar, maka menghidap penyakit ini bukan salah anda. Anda boleh merawatnya.
Tetapi andai anda bertindak terhadap nafsu tersebut, maka itu MEMANG SALAH ANDA.

Terima kasih kepada mahasiswi-mahasiswi KUIS ini atas peluang untuk ditemuramah ini.
 
Mereka memilih saya untuk memberi sedikit perkongsian daripada perspektif Kesihatan Mental. Walaupun saya bukan pakar dalam jenayah Pedofilia atau berkaitan Kesihatan Mental, tetapi saya terima tawaran tersebut kerana mereka mahu tekankan mengenai kesedaran, bukan secara spesifik kes mana, di mana dll. 

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: