Apa Itu PECS dan Apa Kegunaannya

Picture Exchange Communication System (PECS) merupakan ganti kepada komunikasi kanak-kanak yang non-verbal, sama ada sebab Autism, Speech Apraxia atau apa saja melibatkan challenges in verbal.
 
PECS ialah sebuah sistem yang meletakkan gambar-gambar tertentu sebagai ganti kepada mesej yang nak disampaikan/barang yang dimahukan. Konsep visual.
 
Contohnya,
 
Danial (watak filem Redha), seorang kanak-kanak Autistik yang non-verbal, mahukan Nasi. Maka beliau perlu ambil sekeping kad bergambar Nasi (daripada board PECS), dan serahkan kepada ibunya.
 
Itu bermaksud, Danial meminta nasi daripada ibunya.
 
PECS ada banyak peringkat, bermula paling bawah/asas:
 
1. Digunakan untuk minta barang/aktiviti yang mereka betul-betul nak. Hanya satu gambar PECS pada satu board. Apabila Danial nak nasi, Danial akan ambil kad itu, serahkan kepada ibunya. Ibu pun beri nasi.
 
2. Masih gunakan satu gambar, tetapi lebih kepada mahu generalkan konsep. Kad Nasi itu digunakan di merata-rata tempat (bukan lagi atas board sahaja) dan minta pada orang berbeza juga (tak semestinya ibunya).
 
3. Mula menggunakan dua atau lebih gambar. Contohnya, atas board, ada kad Nasi dan kad Mee. Danial mula mampu memahami konsep memilih, nak mana satu. Sudah tahu beza kad Nasi untuk Nasi, kad Mee untuk mee.
 
4. Fokus pada pembinaan ayat, bukan lagi sekeping gambar. Atas board, Danial perlu bina ayat dengan kad tertulis “Saya Mahu”, dan kad “Nasi”. Si ibu akan faham yang Danial Mahu Nasi.
 
5. Bermula peringkat ini, sudah mula berlaku interaksi dua hala. Danial perlu respons terhadap soalan ibunya, “Danial mahu apa?” Lalu, Danial perlu belajar untuk pilih kad tadi “Saya Mahu” dan kad “Nasi” sebagai jawapan kepada soalan ibunya. Beza untuk peringkat 5 ini, ia bukan lagi dijalankan hanya ketika Danial mahu nasi, tetapi bila-bila masa saja.
 
6. Peringkat terakhir dan paling tinggi, iaitu Danial mula respons dengan soalan-soalan lain (selain kemahuan diri nak benda), seperti “Danial nampak apa?” Maka, beliau akan bina ayat “Danial Nampak” dan kad “Lipas”.
 
Atau si ibu bertanya, “Apa perasaan Danial?”, lalu Danial pun mula bina ayat guna kad PECS bertulis “Danial Rasa” dan kad gambar “Gembira”.
 
Ini peringkat paling susah, dan paling lama untuk berlatih dalam terapi. Namun, ia sangat bermakna setelah berjaya dikuasai. Kerana PECS sudah mula membuahkan hasil, pengganti kepada komunikasi anak tersebut.
 
Penggunaan PECS sangat membantu untuk kanak-kanak ini menyampaikan sesuatu kepada penjaganya.
 
Analoginya, PECS ini ibarat sign language kepada orang yang bisu. Tetapi ini lebih kepada gambar pada kertas, dan bukan gestur tangan.
Ringkasan untuk setiap peringkat:
  • Level 1 – How to Communicate
  • Level 2 – Distance and Persistence
  • Level 3 – Picture Discrimination
  • Level 4 – Sentence Structure
  • Level 5 – Answering Questions
  • Level 6 – Commenting

Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: