Apabila Diagnosis Diminta Melalui Media Sosial…

Situasi 1:
 
Seorang pemuda menghantar mesej peribadi kepada seorang doktor yang dikenalinya melalui Facebook. Beliau sering mengikuti penulisan doktor tersebut yang banyak berkongsi mengenai dunia perubatan.
 
Lelaki yang dikenali sebagai Irfan itu pun memulakan teks mesej beliau,
 
“Doktor, saya selalu sakit kepala waktu malam. Saya mudah penat selepas balik kerja, dan selalu susah nak fokus. Adakah saya mempunyai kanser?”
 
Doktor yang membaca mesej tersebut, membalas,
 
“Berdasarkan daripada penjelasan awak ini, saya percaya awak ada kanser peringkat 3.”
 

 
Situasi 2:
 
Seorang pemuda bernama Irfan sering sakit kepala pada waktu malam, dan mudah penat selepas balik kerja. Beliau juga susah nak fokus dalam kerjanya. Satu hari, beliau ke Hospital Serdang utnuk mendapatkan rawatan daripada seorang doktor.
 
Selepas pemeriksaan saringan, beliau disyorkan mendapatkan pemeriksaan CAT Scan beberapa hari selepas itu. Keputusan yang keluar, mengejutkan kerana menemui “objek asing”.
 
Lalu doktor pun membuat pembedahan biopsy, untuk mendapatkan sampel sel asing tersebut di kepalanya itu. Setelah keputusan ujian biopsy itu selesai, pengesahan berjaya didapatkan, iaitu sel tersebut ialah sel kanser.
 
Seminggu kemudian, Irfan menjalani PET Scan untuk mengetahui, tahap mana keaktifan kanser tersebut.
 
Setelah semua proses ini selesai, maka doktor tersebut menyampaikan berita mendukacitakan itu kepada Irfan,
 
“Berdasarkan daripada ujian dan pemeriksaan yang kita jalankan, awak ada kanser peringkat 3.”
 

 
Situasi mana satu yang anda rasa, lebih logik dan diterima akal? Saya percaya, ramai akan menjawab situasi kedua.
 
Kerana sebarang diagnosis dan pengesahan terhadap sesuatu penyakit, sudah pasti memerlukan proses yang panjang dan kompleks, sebelum dapat jawapan kepada sakit yang dihadapi.
 
Begitu juga dengan kondisi mental seseorang kanak-kanak.
 
Dengan hanya mesej kepada orang-orang yang mempunyai kepakaran berkaitan psikologi kanak-kanak, belum tentu akan mendapat jawapan atau diagnosis anak anda.
 
Proses pemeriksaan, saringan dan ujian yang panjang lagi kompleks, perlu untuk dijalankan sebelum seseorang itu boleh secara rasminya diberi diagnosis sekian dan sekian.
 
Apatah lagi diagnosis diri sendiri (self-diagnosis).
 
Tahukah anda?
 
Untuk seseorang kanak-kanak diberi sebarang diagnosis berkaitan Autism, memerlukan sekurang-kurangnya 3 pakar yang berbeza:
– Child Psychiatrist
– Clinical Psychologist
– Paediatrician
– Speech & Language Therapist
 
dan ramai lagi.
 
Malah pelbagai ujian perlu dijalankan yang mempunyai method berbeza, contohnya:
 
Method 1: Direct Assessment
  • Psycho-Educational Profile-Revised (PEP-R)
  • Autism Diagnotics Observation Schedule (ADOS)
  • Pre-Linguistics Autism Diagnostics Observation Schedule (PL-ADOS)
 
Method 2: Diagnostics Interviews
  • Autism Diagnostic Interview (ADI)
  • Diagnostic Interview for Social and Communication Disorders (DISCO)
 
Method 3: Checklist and Profiles
  • Childhood Autism Rating Scale (CARS)
  • Gilliam Rating Scale (GARS)
  • Children’s Communication Checklist (CCC-2)
  • Autistic Continuum: An Assessment and Intervention Schedule (Aarons and Gittens, 1992)
(semua yang disenarai di atas ini hanya sebahagian sahaja)
 
Diagnosis sama ada seseorang itu mempunyai Autism atau tidak, prosesnya panjang dan kompleks, bukan semata-mata boleh baca di Google atau dengar-dengar orang cakap.
 
Ya, betul, ilmu asas itu bagus untuk suspek awal, tetapi jangan jadikan ia sebagai fakta atau diagnosis. Kerana ada pelbagai jenis lagi kondisi mental yang ada persamaan seperti Autism Spectrum Disorder (ASD).
 
Seperti mana kompleks kondisi fizikal, begitu juga dengan kondisi mental yang lebih jauh lagi kompleks penjelasannya.
 
 
Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
Hubungi saya untuk temujanji (klik sini)
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: