Usia Berapa, Anak Saya Bercakap Apa?

Kanak-kanak berusia 1-4 tahun, kebiasaannya sudah mula berlaku perkembangan pertuturan, sama ada 1, 2, 3 atau 4 patah perkataan. Perkembangan ini perlu berlaku dengan pesat (tetapi bukan sehingga tahap memaksa untuk bercakap).
 
Proses pertuturan bukan sekadar bercakap.
 
Kemahiran yang diperlukan untuk bertutur sangat kompleks, dan perlu dibangunkan secara berperingkat. Bukan hari ini lahir, esok dah masuk pertandingan pidato.
 
Untuk bertutur, seseorang itu perlu:
  1. Mempunyai motor oral dan otot yang baik, untuk luahkan setiap jenis huruf yang ada (daripada paling mudah M, P, B sehinggalah paling susah J, V, Th dan seterusnya).

  2. Mengekspresi sesuatu yang abstrak/imaginasi dalam fikiran kepada sesuatu yang konkrit/verbal. Luahan.

  3. Selarikan apa yang disebut dengan apa yang didengari. Maksudnya, biasa dengar orang sebut “Aiman” bunyi nya “Ai-Man”, jadi ketika bertutur, nak bagi bunyi sama macam orang sebut, bukannya “I-Mun”, “Ai-Min” atau sebagainya (sebab itu kita dengar orang pekak bercakap, sebutannya lain macam).

  4. Fokus dan tumpuan untuk teruskan sebut apa yang mahu tanpa terpengaruh dengan perkara lain (distraction).

  5. Kemahiran sosial seperti pandangan mata, penggunaan nada suara, kelajuan pertuturan, pergerakan tangan dll.
 
Pendek kata, daripada ‘sekadar’ pertuturan, sebenarnya ia merangkumi pelbagai jenis kemahiran dan perkembangan seseorang kanak-kanak itu.
 
Sebab itu, kanak-kanak Speech Delay akan mempengaruhi pelbagai lagi kemahirannya yang lain.
 
Sebab itu, kanak-kanak Speech Delay perlu dibawa untuk sesi Terapi Pertuturan secepat mungkin.
 
Sebab itu, ibu bapa atau penjaga perlu arif dengan tahap peringkat perkembangan pertuturan seseorang kanak-kanak.
 
Tetapi, bagaimana nak tahu sama ada kanak-kanak itu sudah awal atau lewat dari segi perkembangan pertuturannya?
Kita rujuk semula kepada Speech Development Chart, yang disusun mengikut umur kanak-kanak tersebut. Bagi setiap umur, ada huruf-huruf tertentu yang mereka mula sebut, berdasarkan perkembangan otot dan motor oralnya.
 
Saya bukan terapis pertuturan, jadi ini bukan kepakaran saya. Saya cuma nak kongsi, apa yang berguna untuk mana-mana kanak-kanak sekalipun, sama ada tipikal atau istimewa.
 
Tetapi, dari segi kognitif pula, iaitu tumbesaran otaknya melalui didikan kita, apa yang boleh diberi tip:
  1. Galakkan bertanya kepada kanak-kanak dengan soalan yang berkaitan, seperti:

    “Along tengah buat apa tu?”
    “Kakak nak makan apa malam ni?”
    “Tadi pergi jalan-jalan kat mana? Tengok apa?” Kalau anda perasan, soalan-soalan ini berbentuk subjektif dan terbuka. Bukan jenis yang dijawab “Ya” atau “Tak”. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresi diri, apa yang dalam minda diterjemah melalui pertuturan. 

  2. Galakkan bertanya dengan sesuatu merangkumi semua jenis aspek, iaitu:
    Sudah berlaku (Tadi pergi mana – memory)
    Sedang berlaku (Tengah buat apa – consciousness)
    Akan berlaku (Nak makan apa malam nanti – expectation)

  3. Jangan terlalu ‘push’ mereka untuk bertutur, kalau mereka tak mampu. Carta yang ditunjukkan dalam post ini hanyalah panduan, bukan peraturan. Lewat sedikit, tak mengapa. Awal pun tak mengapa. Ia mengikut kebiasaan kanak-kanak tipikal.Sebab takut kalau memaksa sangat, sampai mencapai ‘breaking point’ dan terus senyap selepas itu, tak nak bercakap langsung. Itu lebih teruk.

  4. Kita sebagai individu di sekeliling kanak-kanak ini perlu sentiasa melayan mereka. Apabila mereka bertanya sesuatu, itu bagus. Tanda inkuiri, sifat ingin tahu.Mereka baru nak mengenal dunia, jadi memang normal untuk bertanya banyak benda. Kenapa langit biru, kenapa tak boleh pegang air panas, kenapa ayah tak sakit tapi ambil mc, atau sebagainya.Layan itu pula, layan dengan ikhlas.

    Bukan pandang skrin telefon sambil “Ummm.. Ya.. Bagus bagus.” Beri perhatian selagi mana mereka dalam usia mahukan perhatian. Takut nanti dah berusia, kita pula mahukan perhatian anak-anak yang sudah dewasa tetapi mereka sibuk bekerja.

    Jangan pula kita, ketika kanak-kanak ini lambat bertutur, kita resah dengan perkembangannya sehingga kita buat macam-macam. Tetapi lama-lama apabila sudah bercakap petah tanpa henti, tanya itu ini, kita jadi rimas dan diberi pula gajet untuk diamkan mereka.

 
Saya percaya, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Saya, hanya mampu berkongsi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang amat terbatas.
 
Kerana terapis sebenar kepada kanak-kanak ini, istimewa mahupun bukan, ialah ibu bapa / penjaga mereka sendiri.
 
Jadilah ibu bapa hari ini yang anak-anak akan ingati pada esok hari.
 
🙂
 
 
Mana-mana ibu bapa yang mahukan servis Diagnosis, Assessment,
atau Early Intervention Program (EIP) untuk anak anda,
Hubungi saya untuk temujanji (klik sini)
 
atau hubungi pusat Psikologi kami, WeCare Allied Health Center
03-77328285 / 013 815 8285 / 013 816 8285
info@wecare.my

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: