Jenis Gaya Pemikiran Kanak-Kanak Autism

Nama Professor Temple Grandin tidak lagi asing dalam kalangan mereka yang terlibat dengan dunia Autism Spectrum Disorder (ASD).
 
Beliau merupakan individu Autistik, penulis buku, seorang Professor (bertaraf PhD), pengusaha/konsultan binatang ternakan ladang dan merupakan ikon besar dalam dunia berkaitan Autism.
 
Dalam bukunya, “Thinking In Pictures”, beliau menyatakan bahawa secara generalnya, dalam kalangan individu Autistik, mereka mempunyai 4 jenis gaya pemikiran (Type of Thinking) yang berbeza-beza, di mana setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri:
 
1. Photo Realistic Visual Thinkers
Iaitu beliau sendiri, berfikir dalam bentuk gambar. Katanya, beliau melihat dunia ini dalam bentuk movie, dan gambar-gambar menerangkan apa-apa memori atau informasi.
 
Apabila disebutkan gereja, dalam kepalanya secara fitrahnya terus membayangkan gambar-gambar senibina gereja yang pernah dilawati, dengan sisi pandang yang berlainan, dan bagi beliau, amat mudah untuk memahami apa-apa informasi berbentuk gambar (contohnya, pelan bangunan/blueprint)
 
Individu ini sangat berbakat dalam kesenian berbentuk lukisan, filem grafik, dan apa saja tugasan yang memerlukan kreativiti visual, tetapi mereka lemah dalam hal-hal berkaitan matematik, pengiraan atau analisis data.
 
Mereka ini biasanya dikatakan mempunyai “photographic memory.” Spesies rare.
 
2. Pattern Thinkers
Muzik dan matematik menjadi kekuatan utama, kerana kedua-dua bidang ini memerlukan kefahaman terhadap corak, gabungan kombinasi sesuatu atau data.
 
Minda mereka amat pantas dalam berfikir dan menganalisis sesuatu maklumat yang kompleks. Jangan bagi puzzle, sebab memang laju je siap!
 
Kenapa Muzik? Kerana asasnya, ia adalah konsep berkenaan gabungan ideal antara bunyi-bunyi tertentu, yang menghasilkan irama yang sangat merdu 🙂
 
3. Verbal Mind
Ini merupakan majoriti individu tipikal (bukan Autistik), dan kebanyakan orang mempunyai gaya pemikiran ini. Mereka memproses maklumat dengan ‘bahasa biasa’.
 
Mereka sukakan data yang berbentuk perkataan, apa saja. Label, kod, apa-apa senarai, itu lah minat mereka.
 
Kelemahan mereka ialah apabila berhadapan dengan informasi yang abstrak, menjadikan mereka bukan ke arah lukisan, kesenian atau apa-apa perkara yang tidak dapat diterjemah secara konstruktif.
 
4. Auditory Thinkers
Iaitu individu yang banyak memproses stimuli bunyi-bunyian, dan banyak belajar dengan mendengar.
 
Mereka ini dikatakan suka mengulang-ulang sesuatu untuk betul-betul memahami sesebuah informasi, terutama melalui deria pendengaran.
 
Namun, konsep ini tidak disebut secara terperinci oleh Professor Temple Grandin dalam bukunya, dan hanya fokus pada 3 di atas sahaja; Visual, Pattern dan Verbal.

Jenis-jenis gaya pemikiran yang disebutkan ini, tidak semestinya merujuk untuk individu Autistik sahaja, tetapi boleh kepada individu tipikal.
 
Tetapi pada asalnya, Temple Grandin menyenaraikan konsep ini khas untuk memahami jenis-jenis pemikiran individu Autistik, sekaligus membantu kita untuk lebih memahami diri mereka.
 
🙂
 
Anda jenis berfikir gaya mana satu? Anak anda pula?

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: