Option vs Procedure – Dua Jenis Gaya Berfikir

Tahun lepas, ada tertonton TV3 (sepintas lalu), drama Nasi Minyak Kuah Cinta. Ada satu babak, seorang makcik ini (kita namakan dia Jemah, sebab saya tak ingat nama dia), terkejut bila balik ke rumah, dan biliknya telah dikemas bersih, asalnya bersepah.
 
Si seorang gadis lain pula muncul, (kita namakan dia Nurul, sebab saya tak tahu nama dia), beritahu,
 
“Kan bagus macam ini, bilik kemas, tersusun!”
 
Jemah membalas,
 
“Aduhh.. Susah la macam ini! Kan aku dah cakap jangan kemas bilik aku! Aku nak ko letak balik macam keadaan asal.”
 
Dan dialog itu berterusan antara mereka berdua.
 

 
Dalam dunia kita, ada dua jenis orang. Satu, yang dipanggil sebagai ‘Procedure’, satu lagi ialah ‘Option’.
 
Orang ‘Procedure’
  • Dengan gaya hidup perlukan kekemasan, stick to the rules dan ‘keras’ pemikiran, sangat sesuai dengan profesion seperti di pejabat, rutin seharian sama dll.
  • Motto mereka, “Biarlah matlamat tak tercapai, janji kita ikut flow.”
 
Orang ‘Option’
  • Jenis yang akan buat apa sahaja cara untuk capai matlamat nya, dan barang-barang mereka biasanya berterabur (tetapi mereka tahu setiap inci barang ada kat mana)
  • Bidang kerja mereka sangat menjurus ke arah sosial sains, seni, peguam, atau kerja-kerja yang melibatkan kreativiti. Motto mereka, “Ikut la cara macam mana pun, janji matlamat tercapai!”
 
Perbezaan corak pemikiran sebegini tidak berbeza darjat antara satu yang lain, ianya hanya perbezaan. We’re just different. Maka, tak perlu memaksa orang menerima pemikiran kita.
 
Hormatilah perbezaan. Raikan persamaan.

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: