Menolak Tawaran Kerja Korporat Untuk Kekal Dalam Bidang Psikologi

Nak tahu tak?
 
Beberapa bulan yang lalu, saya menerima panggilan daripada pihak sebuah bank. Terkejut, tetapi seolah-olah dapat mengagak kenapa (sebelum si pemanggil habiskan ayatnya).
 
Setelah memperkenalkan diri, beliau memberitahu bahawa nama saya telah terpilih untuk menyertai Management Training di bawah bank tersebut, hasil daripada tapisan resume yang saya hantar ketika Career Fair di KLCC satu ketika dahulu. Senang cerita, kerjaya dalam dunia korporat.
 
Teruja? Ya. Tetapi sedikit pun saya tidak (lagi) berminat.
 
Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepadanya atas tawaran tersebut, kemudian saya berterus terang, yang saya sudah bekerja dan tidak berminat atas tawaran tersebut.
 
Beliau mengucapkan terima kasih, dan panggilan pun terhenti.
 
 
Satu ketika dahulu, saat saya sedang ‘sesat’ dalam liku kehidupan, saya bercita-cita mahu bekerja dalam dunia korporat, di bahagian Human Resource (HR). Sebelum itu juga, saya bekerja sebentar di sebuah syarikat training yang terkemuka.
 
Namun, setelah arwah adik saya meninggal, saya hilang minat dalam dunia training (full time), dan saya mula beralih kepada dunia korporat.
 
Namun, sekali lagi, ketika saya beristikharah di hadapan Kaabah ketika umrah Ramadan lepas, hati saya menjadi sangat rindu terhadap dunia Psikologi. Membuak-buak.
 
Fikiran saya ketika itu, terbayang-bayang penat lelah 3 tahun saya menghabiskan Degree di Nottingham UK dahulu. Entah kenapa, saya melihat masa depan saya lebih cenderung ke arah situ.
 
Malah lebih spesifik, melibatkan Psikologi kanak-kanak.
 
Setelah saya pulang umrah tersebut dan mendapat restu ibu saya, permohonan saya untuk bekerja sebagai Autism Therapist, diperkenankan Allah (dalam masa kurang seminggu, berbanding permohonan kerja saya untuk HR yang sudah hampir sebulan tiada berita)
 
Kerana itu lah, walaupun ditawarkan kerjaya korporat bersama Affin Bank itu, sedikit pun saya tidak berminat, walaupun saya sangat yakin, gaji dan benefit berada di sana, jauh lebih besar daripada kerjaya saya sekarang.
 
Hidup saya, tidak melihat kepada wang sebagai kepuasan. Kebahagiaan saya, terletak kepada keseronokan dalam kerjaya, yang lahir daripada hati.
 
Dan kerjaya saya sekarang, merupakan keseronokan yang amat tinggi untuk saya. Takkan sesekali saya akan beralih daripada dunia Psikologi ini.
 
Malah, tidak sekali pun saya menyesali setahun lebih perjalanan ‘sesat’ saya itu, kerana saya sedar, kerana saya ‘sesat’ itu lah, saya jumpa jalan saya yang sebenar dan lebih menghargainya.
 
Tawarkanlah saya gaji setinggi mana pun, tiada gunanya sekiranya kerjaya tersebut bukanlah untuk hati dan jiwa sebenar saya.
 
Matlamat dalam hidup saya besar, dan jalan untuk mencapainya, ialah melalui jalan Psikologi yang saya lalui sekarang.
 
Inilah Fardhu Kifayah terbesar yang pernah saya pilih.
Doakan saya kuat, ya. Terutama agar hati saya terus ikhlas.
 
🙂

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: