Kisah Daripada Ibu Bapa Anak Autisme

Selalu dapat mesej daripada ibu bapa di FB saya, bercerita mengenai anak mereka (bukan untuk tujuan diagnosis atau minta penyelesaian, kerana saya bukan pakar – tetapi lebih kepada mahu meluahkan)
 
Walaupun berpuluh-puluh cerita dibaca, saya perasan ada beberapa persamaan dalam kisah tersebut, untuk perkongsian bersama.
 
1. Ramai ibu bapa yang sedih dengan stigma masyarakat terhadap anak mereka. Dianggap seperti “anak alien”, “terencat akal” dan “tiada masa depan” (saya minta maaf atas penggunaan istilah tersebut)
 
2. Seringkali ibu bapa dipersalahkan dengan keadaan anak, dengan hujah “tak pandai didik anak”, “anak sendiri tak pandai jaga”, yang paling dahsyat lagi, “Baik tak payah ada anak”. Allah..
 
3. Bukan sekadar masyarakat sekeliling je tak faham, kadang-kadang saudara mara terdekat pun sama saja! Cakap-cakap belakang, buat cerita/gossip. Siapa tak sedih kalau ahli keluarga sendiri pun sama seperti orang asing luar sana.
 
4. Sedih melihat anak Autistik ini tak dapat kawan. Kanak-kanak lain ramai yang pandang pelik, takut, ada yang tak nak berkawan langsung. Paling sedih, ada ibu bapa lain yang menyuruh “jangan kawan dengan budak tu.”
 
5. Terpinga-pinga bagaimana nak berhadapan dengan anak sendiri yang Autistik. Tantrum, perangai ‘pelik’, bercakap berseorangan dan lain-lain lagi.
 
6. Apa usaha yang boleh dibuat untuk bantu anak sendiri? Bagaimana nak dapatkan diagnosis? Pusat intervensi mana yang bagus? Apa terapi yang sesuai? Dan banyak lagi.
 
Selalu juga mengalir air mata membaca luahan-luahan para ibu bapa di FB ini. Ramainya daripada kaca mata seorang ibu.
 
:'(
Saya melihat semua persamaan ini, dengan satu kata kunci: KESEDARAN.
 
Selagi mana masyarakat kita belum ada kesedaran yang asas mengenai kesihatan mental, termasuklah Autism ini sendiri, selagi itu lah stigma akan terus muncul.
 
Untuk memecahkan stigma, sudah tentu dengan PERKONGSIAN ILMU.
 
Anda tidak perlu menjadi graduan Psikologi untuk ambil tahu mengenai Autism. Anda hanya perlu menjadi manusia, yang mahu yang terbaik untuk seorang kanak-kanak.
 
Saya doakan para ibu bapa, guru-guru, terapis atau sesiapa sahaja yang berhadapan dengan kanak-kanak Autistik ini, sentiasa di bawah rahmat Allah, diberi kekuatan untuk terus mendidik dan diberikan sebaik-baik ganjaran pahala-Nya.
 
“Autism does not comes with a manual, but it comes with parents who never give up.”


NOTA:
 
Saya cadangkan para ibu bapa yang mempunyai anak Autistik ini, sertai group Autisme Malaysia sebagai sistem sokongan. Di sana, ramai ibu bapa berkongsi cerita suka dan duka, pendapat dan fakta, berkaitan Autism.
 
Sedikit sebanyak, saya sendiri banyak belajar daripada cerita mereka. Kadang-kadang, ada yang post gambar anak yang dah mula pandai makan sendiri, ada yang post gambar anak sedang buat tabiat kesukaannya, dan macam-macam lagi.
 
Pendek kata, perkongsian yang membuatkan saya kenyang jiwa, dan kenyang minda. ^_^

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: