Nampak Kanak-Kanak Istimewa Macam Nampak Kereta Ferrari

Benda normal bagi kebanyakan orang, setiap kali ternampak kanak-kanak istimewa, kita akan pandang dan tenung 2-3 kali.
 
Rasa ingin tahu. Rasa pandangan “rare”.
Dan ini menimbulkan rasa tak selesa oleh ibu bapa mereka.
 
Saya beri analogi, ternampak kanak-kanak istimewa ini ibarat ternampak kereta Ferrari di jalan raya. Semua yang berada di jalan, akan pandang lama-lama, sebab jarang dapat tengok.
 
Saya sendiri pun akan tenung lama-lama, sebab peluang emas dapat tengok depan mata. Saya akan perhatikan, dengar bunyi enjinnya, dan kalau dibenarkan, nak je pegang kereta itu.
 
Mahal!
 
Namun sekarang, dah banyak sangat tengok kereta Ferrari, lama-lama rasa “unik” dan “rare” itu sudah hilang, dan setiap kali ada kereta Ferrari lalu di sebelah, saya hanya toleh,
 
“Oh Ferrari.”
 
Kemudian akan bersikap seperti biasa. It is just another car.
 
^_^
 
Saya mengharapkan suatu hari nanti, suasana melihat Ferrari ini hanya suasana yang biasa, dan tak perlu diberi perhatian dan tenungan oleh orang ramai.
 
Caranya?
Perlu banyakkan bercampur dengan pemilik-pemilik kereta Ferrari, atau selalu singgah ke kedai “show room” Ferrari, buat program dengan mereka atau apa saja.
 
Lama-kelamaan, rasa “mahalnya untuk pandang” Ferrari itu akan hilang, dan anda akan mula rasa biasa sahaja setiap kali ada Ferrari lalu di sebelah. Tak perlu rasa kagum, takjub, jakun mahupun menunjuk-nunjuk dengan jari.
 
Faham analogi saya ini kan?
 
🙂

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: