Bersiaran Langsung Di Malaysia Hari Ini

Dalam hidup saya, tak pernah sekali pun saya terbayang akan berjaya keluar di televisyen, apatah lagi di TV3, apatah lagi dalam rancangan yang terkemuka seperti Malaysia Hari Ini (MHI).
 
Ibarat mimpi menjadi kenyataan!
 
Sejak saya menceburkan diri dalam bidang perkongsian (saya reka sendiri nama bidang ini), bermula dengan menulis di Blogger 8 tahun lalu, kemudian di Facebook, seterusnya di Twitter sehinggalah mempunyai laman web sendiri, ia ibarat sebuah impian.
 
“Saya bukan mencari peminat, tetapi saya mencari pembaca. Kerana populariti bukanlah bererti prestasi.”
 
Saya selalu berpegang pada konsep ini.
 
Saya mengimpikan setelah saya meninggal dunia kelak, kenalan akan merindui ilmu yang disampaikan dan bukan susuk tubuh ini. Segala perkongsian yang diberikan, menjadi saksi di akhirat kelak, sebagai saham-saham syurga yang menunggu untuk dituai.
 
Saya gembira apabila insan di sekeliling mendapat manfaat daripada sekecil-kecil tulisan yang dikongsi. Terima kasih atas sokongan tanpa henti oleh anda yang sering membaca penulisan saya di sini.
 
Bersiaran langsung di MHI memberi pengalaman yang sangat bermakna untuk diri saya, dan untuk masa akan datang.
 
Jujurnya, saya kurang berpuas hati dengan penyampaian ketika live tersebut, kerana terlalu berdebar pertama kali bersiaran langsung di kaca televisyen.
 
Habis semua informasi yang dicari dan dicatat untuk diluahkan, semuanya langsung tidak disebut. Sangat sedih sebenarnya, sebab blanked out.
 
Sejurus selesai segmen ini, saya belajar sesuatu yang penting daripada Fedtri Yahya (hos segmen ini) berkenaan sesi live, beliau berkongsi secara mendalam di belakang pentas.
 
Insya Allah akan dipraktikkan dalam sesi live saya yang seterusnya, sama ada dalam bengkel, FB mahupun di kaca televisyen satu hari nanti, insya Allah.
 
🙂
 
Apa-apa pun, ini merupakan sebuah batu loncatan yang amat besar dalam fasa hidup dan fasa kerjaya saya. Doakan agar hati saya terus terpasak pada kaki walau diri mula terbang tinggi.
 
Harapannya, kedua-dua ibu bapa saya bangga dengan pencapaian anak lelaki bujang terakhir mereka ini 🙂

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun 😛

Komen

Aiman Amri

Menulis dan berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia merupakan minatnya pada waktu lapang. Pada waktu serius pula, beliau berkhidmat sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist di sebuah pusat Psikologi terkemuka, WeCare Allied Health Center. Jemputlah datang untuk dapatkan servis Psikologis. Sebut nama beliau, insya Allah dapat diskaun :P

%d bloggers like this: