Kelas Online AP Studio

“Kelas online untuk mempelajari ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia.”

Sepanjang perkongsian Aiman Amri mengenai Psikologi di sekolah, IPT dan organisasi, ramai yang mengeluh kerana sangat berminat untuk hadir tetapi kerana faktor jarak, tak dapat turut bersama. 😔

Oleh itu,

AP Studio diwujudkan sebagai platform untuk sesiapa saja yang berminat untuk mempelajari ilmu Psikologi secara online.

Di mana jua anda berada, asalkan:
1. Ada internet
2. Ada smartphone / laptop
3. Ada akaun Facebook (untuk dimasukkan dalam private group)

AP Studio akan mempunyai perkongsian berterusan berbentuk:
1. AP Show – FB Live setiap 2 minggu
2. AP Voice – Podcast setiap minggu
3. Diskusi berbentuk komen/tulisan (group FB)
4. Diskusi topik dalam group Telegram (selama sebulan)

Perkongsian akan mengikut tema setiap bulan. Antara topik bagi tahun 2018 ialah:

  • Oktober – Autisme
  • November – Depression
  • Disember – Personaliti Extravert Introvert

(untuk topik berkaitan kesihatan mental, perkongsian akan berfokuskan mengenai kesedaran, bukan untuk tujuan diagnosis – itu hanya boleh dibuat di pusat psikologi/hospital)

Berminat untuk sertai AP Studio? Caranya mudah:

  1. Layari https://tinyurl.com/kelasonlineAPS
  2. Pilih topik/tema mana yang dimahukan (Autisme / Depresi / Introvert Extravert)
  3. Lengkapkan borang pendaftaran itu
  4. Tunggu pengesahan pendaftaran daripada kami

Untuk 20 tempat pertama akan mendapat yuran yang paling murah, iaitu RM25 sebulan (satu tema)!

Selepas cukup 20 orang, yuran keahlian ialah:
Pelajar – RM30
Normal – RM40

Dengan yuran keahlian itu, anda akan mendapat perkongsian selama sebulan – private FB Live, private Podcast dan interaksi bersama Aiman Amri melalui private group FB dan group Telegram.

Perkongsian yang diberikan melalui AP Studio ini, akan sangat bermanfaat kepada semua insya Allah 😊

Selamat menimba ilmu!

Sebarang pertanyaan, sila klik http://apstudio.wasap.my

– Aiman Amri, Pengkaji Minda Manusia –


Siapa Aiman Amri? 🤔

Aiman Amri ialah pengasas kepada AimanPsikologis.com yang aktif berkongsi ilmu pengkajian minda dan tingkahlaku manusia di alam maya. Beliau sering ditemuramah oleh media seperti Astro Awani, Malaysia Hari Ini, Kosmo! dan sebagainya.

Beliau kini mempunyai lebih 80,000 followers di media sosialnya dan aktif memberikan ceramah berkaitan Psikologi di organisasi yang menjemputnya. Seorang anak muda yang santai dan penyampaiannya mudah difahami.

Baca selanjutnya mengenai beliau di sini