Siapa Aiman

Aiman Amri ialah seorang Terapis Autisme yang aktif membantu kanak-kanak Autisme di Malaysia dan ibu bapa untuk memahami anak mereka. Beliau mahu mendidik masyarakat umum mengenai ilmu Psikologi seperti Kesihatan Mental, Personaliti dan Sosial.
 
Setelah menamatkan pelajarannya dalam BSc in Psychology, di University of Nottingham, United Kingdom, beliau mengejar cita-citanya untuk bersama kanak-kanak dengan berkhidmat di sebuah Pusat Intervensi Autisme dan WeCare Allied Health Center di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai Special Needs Educator. Pada masa yang sama, tugas beliau juga merangkap sebagai Assistant Psychologist di tempat yang sama.
 
Beliau berpengalaman dalam berurusan dengan kanak-kanak selama lebih 4 tahun bermula dari zaman akademiknya lagi. Pendedahan beliau terhadap psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak sejak beliau berkhidmat sebagai seorang guru KAFA kepada anak-anak kecil rakyat Malaysia di bandar Nottingham.  
Beliau sering dijemput sebagai penceramah, moderator dan ahli panel forum bersama mahasiswa mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, berkongsi topik Kesihatan Mental, Personaliti dan Sosial. Malah, beliau juga pernah ditemuramah oleh Mingguan Wanita, Kosmo! dan Bernama sepanjang perkongsian beliau kepada masyarakat umum. Baru-baru ini beliau muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini bersempena sambutan Hari Ibu 2018.
 
Beliau kini aktif berkongsi mengenai Autisme di laman Facebook peribadinya yang kini sudah mencapai lebih 23,000 followers dan turut menulis mengenai ilmu Psikologi secara umum di Facebook Page beliau, Aiman Psikologis dengan hashtag #PengkajiMindaManusia. Perkongsian secara ringkas dan padat turut disebarkan melalui Twitternya yang sudah mencapai 26,000 followers!
 
Melalui penulisan dan pendedahan Aiman, pembaca mampu menambah ilmu dan kesedaran dalam memahami pemikiran dan tingkahlaku manusia secara ilmiah, praktikal dan menyeronokkan.
 
Untuk mendapatkan perkongsian berkaitan Psikologi di organisasi anda,
hubungi beliau di;
 
aiman.psikologis@gmail.com